24 August 2013

Pas Kelantan Gesa, Syiah Keluar Parti,




Pas Kelantan menggesa mana-mana ahli yang terlibat atau menjadi pengikut ajaran dan fahaman Syiah perlu segera keluar dari parti tersebut. Teguran tersebut dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menegaskan Pas sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi berpendirian menolak ajaran fahaman tersebut.

“Mana-mana ahli Pas yang terlibat dengan Syiah, haruslah keluar daripada Pas sebab kita tidak terima selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah. Syiah sudah lama wujud di Malaysia namun kenapa baru sekarang ia diperkatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya ia semakin membimbangkan.


“Sebelum ini Syiah dibiarkan bergerak bebas tanpa sebarang tindakan atau dakwaan, tapi sekarang baru timbul. Jadi kita bimbang kalau ada agenda politik lain apabila isu itu kini mula ditimbulkan kembali dan mungkin boleh jadi sengaja nak mengaitkan Pas dalam hal ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status keahlian Pas yang menyertai Syiah, Mohd Amar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan tentang hal tersebut.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...