Slogan ‘Endless
Possibilities’ yang bakal dilancarkan pada 17 September menjadi topik
hangat di kalangan beberapa blog dan pelayar internet kerana ia dikatakan
menyamai slogan Kementerian Pelancongan Israel iaitu ‘One Place, Endless
Possibilities’.
Memandangkan Malaysia telah pun menggunakan
slogan Satu Malaysia, maka penambahan ‘Endless
Possibilities’ menjadikan persamaannya begitu ketara. Justeru, pantas,
Malaysia dituduh sebagai meniru Israel, sekali gus, motif kerajaan diragui.
Hakikatnya, Malaysia telah pun memperkenalkan
slogan ‘Endless Possibilities’ jauh lebih awal dari Israel iaitu ketika
menghadiri World Economic Forum di Davos pada 13 Disember 2012. Untuk itu, satu video bertajuk ‘Malaysia-Endless Possibilities’ dibuat
yang memaparkan Dato’ Seri Najib sendiri mempromosi Malaysia. ( http://www.youtube.com/watch?v=04_aNZ8nK_M
(Preview) )
Video tersebut telah pun dimuatnaik ke
Youtube pada tarikh 5 Februari 2013.
Kementerian Pelancongan Israel pula hanya
menggunakan slogan ‘One Place, Endless
Possibilities’ di dalam laman web promosi mereka pada sekitar Mei
2013. Slogan tersebut tidak pernah
dilancarkan secara rasmi, tetapi hanya menjadi ‘tagline’ pelancongan bagi
negara Israel yang tidak diiktiraf.
Jelaslah bahawa Malaysia tidak meniru Israel
tetapi mungkin Israel yang meniru Malaysia, sama ada secara sengaja dan mungkin
juga secara tidak sedar.
Persoalannya, kenapa ramai yang terus menuduh
Malaysia yang meniru Israel dan tidak sebaliknya? Apakah ia kerana ‘persepsi’
atau sememangnya rakyat Malaysia tidak pernah punya keyakinan diri?
Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia
menukar cara kita berfikir dan tidak terlalu memandang rendah kepada diri
sendiri. Yang lemah dan buruk tidak semestinya dari kita, dan yang bijak dan
cantik itu tidak semestinya bukan dicipta oleh orang kita.
No comments:
Post a Comment