31 August 2013

Akhbar Rusia Today Dakwa Pakatan Terima Dana Amerika Anjur Rusuhan




Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar)
Dipetik dari : Russia Today

Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.

Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.


Sepanjang tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah perlindungan. Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau (Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengerusi Foundation for Future yang berpusat di Washington yang mana yayasan ini ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney, anak kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Anwar menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama majoriti Muslim di Malaysia ekoran tindakan beliau yang menyokong dasar untuk melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan Wall Street Journal - berbeza sama sekali dengan pendirian pemerintah 'untuk menyokong Palestin. Kelayakan unik Anwar dan hubungan rapat dengan pertubuhan politik dan kewangan Amerika Syarikat tidak dinafikan bahawa dia adalah pilihan Washington

Washington selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi jalanan anti-kerajaan.

Di satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel, manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik' sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.

Pada sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat.

National Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di luar negara. NED menyediakan lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi membiayai pelbagai projek di Malaysia setiap tahun. NED telah kerap dikritik kerana campur tangan mereka secara terang-terangan dalam program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus dari tokoh politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.

Di samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang, Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara.

Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan ... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekali gus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik ...

IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI.

Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka".

IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.

NED mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat.

Kebanyakan pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil, undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.

Menurut laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan ."

Bermula dari tahun 2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih', sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan.

Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan perhimpunan Bersih.

Menurut Aziz, Yayasan yang berpangkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya.

Aziz juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin Bersih tahu ataupun tidak.

Tetapi Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi' Anwar." Aziz walau bagaimanapun menolak pembiayaan luar negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah." Organisasi tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.

Jika dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini, mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi' bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED agak kabur.

Mereka berdiri di atas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia. Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi, kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar tindakan affirmative berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti Muslim.

Pakatan pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walau bagaimanapun tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat Amerika Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?

Kita jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis kewangan global 2008.

Pertukaran kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang 'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'.

Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7 peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak sebagai rezab.

Malaysia adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun 2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya.

Di bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil, manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin pertumbuhan berterusan.

Perbincangan di kalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan. Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di rantau ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...