31 August 2013

Artis Baru Bollywood Disalahkan, Punca Jenayah Rogol Meningkat





Bintang baru Poonam Pandey bengang dengan kritikan umum yang mengatakan bahawa imej provokatifnya merupakan satu daripada punca berlakunya kes pemerkosaan baru-baru ini. Seperti yang dilaporkan di Bollywood Life, bintang "Nasha" tersebut memberitahu bahawa dia kerap kali diganggu dan dipersalahkan atas jenayah pemerkosaan beramai-ramai seorang wartawan bergambar di Mumbai minggu lalu.

"Mereka mengatakan bahawa gambar-gambar saya adalah punca jenayah ke atas wanita. Begitukah? Itu juga alasan yang mereka gunakan dalam kes Nirbhaya di Delhi. Saya ingin bertanya kepada mereka yang merasakan saya punca jenayah-jenayah ini, adakah jenayah terhadap wanita tidak wujud sebelum kehadiran saya?,” tanya Poonam.





Aktres tersebut juga meluahkan pendapatnya bahawa tuduhan ke atasnya hanyalah satu cara untuk menyalahkan orang lain apabila masyarakat gagal berfungsi dengan baik.

"Kenapa salahkan saya untuk semua kejahatan sosial? Saya cuma seorang wanita yang ingin mencari ruang untuk diri saya. Saya cuma bercakap. Saya tak pernah buat apa-apa. Ada pelakon lain yang lebih dihormati dan mereka juga melakukan aksi-aksi yang mengghairahkan dalam babak tarian filem mereka. Mereka memiliki lebih ramai pengikut dari saya," tambahnya lagi.

Poonam berpendapat bahawa kewujudan gambar-gambar provokatif bukan penyebab isu-isu seperti ini tetapi ia berlaku kerana kurangnya medium untuk kaum lelaki. Ujar Poonam lagi, premis-premis seperti bar arak dan tarian perlu diperkenalkan semula untuk mengurangkan kejadian yang tidak elok terhadap wanita.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...