29 August 2013

PR Setuju Hapuskan Peruntukan Pada Sekolah Cina Dan Tamil




Baru-baru ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris telah mengkritik kepimpinan dengan keras sehingga mendesak kepada peletakan jawatan. Alasan beliau, desakan itu adalah bersandarkan keputusan PRU-13 yang diterjemahkan daripada strategi yang salah akibat terlalu menagih undi kaum Cina.

Hujahnya, walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa strategi tersebut salah, namun kepimpinan masih menggunakan strategi sama iaitu mengutamakan kaum Cina dan memberi peruntukan berlebih-lebihan kepada sekolah vernakular.


Benar, bahawa kaum Cina telah menolak Barisan Nasional pada PRU yang lalu walaupun telah menerima berbagai-bagai ganjaran, habuan dan bantuan dari kerajaan. Kaum Cina, hampir sebulat suara memilih Pakatan Rakyat, pastinya dengan harapan yang parti itu akan dapat memberi lebih lagi kepada mereka.

Namun, sedar atau tidak oleh kaum Cina bahawa kenyataan Irwan Fahmi telah disambut oleh PR, sekali gus menunjukkan yang PR setuju dengan beliau agar kaum Cina tidak diberi bantuan, habuan atau ganjaran lagi.

Blog-blog pro-PR turut mencanangkan kenyataan Irwan dan rata-ratanya menyatakan persetujuan bahawa BN terlalu melebihkan kaum Cina. Blog-blog PR juga menyokong bahawa strategi BN menjaga hati kaum Cina secara keterlaluan merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina telah tersilap memberi undi kepada PR.  Jika kaum Cina yakin yang PR akan memenuhi segala impian mereka sekiranya parti tersebut menjadi pemerintah, maka ternyata mereka telah tertipu.   Dan sokongan PR terhadap kenyataan Irwan Fahmi adalah buktinya.

Justeru, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kecenderungan politik Malaysia tetap bergantung kepada sentimen majoriti, iaitu orang-orang Melayu.  Sesungguhnya kerajaan BN telah memastikan tiada kaum yang terpinggir di negara ini dan kerajaan tidak pernah menyekat peluang kaum Cina untuk berjaya. Oleh itu, bagi kaum Cina untuk menafikan nikmat ini dengan menolak BN, merupakan satu keputusan yang tidak bijak.

Bak kata pepatah, ‘orang tamak selalu rugi’.

Kini terbukti bahawa PR juga tidak mungkin akan melayan ketamakan kaum Cina.  Lebih teruk, PR kemungkinan besar tidak akan mampu mentadbir negara dengan baik sekiranya menjadi pemerintah. 

Justeru, kaum Cina wajar merasa lega apabila PR yang disokong mereka telah kalah dalam PRU lalu.  Sekiranya PR menang, bukan sahaja kaum Cina tidak akan mendapat kelebihan apa-apa tetapi mungkin nasib mereka lebih teruk lagi akibat ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PR untuk mentadbir negara.  
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...