Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

07 September 2013

Budak 6 Tahun Dirogol Dan Dipaksa Kahwin



Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikunci dalam bilik sebelum diperkosa dipaksa berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak perogolnya. Mangsa yang tinggal di Kampung Keshavpura di Rajasthan diserang lelaki berusia 40 tahun itu kira-kira dua minggu lalu.

Keluarganya mengadu pada jawatankuasa kampung itu yang kemudian mengadakan mesyuarat bagi memutuskan tindakan yang patut diambil terhadap perogol terbabit.

29 August 2013

PR Setuju Hapuskan Peruntukan Pada Sekolah Cina Dan Tamil




Baru-baru ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris telah mengkritik kepimpinan dengan keras sehingga mendesak kepada peletakan jawatan. Alasan beliau, desakan itu adalah bersandarkan keputusan PRU-13 yang diterjemahkan daripada strategi yang salah akibat terlalu menagih undi kaum Cina.

Hujahnya, walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa strategi tersebut salah, namun kepimpinan masih menggunakan strategi sama iaitu mengutamakan kaum Cina dan memberi peruntukan berlebih-lebihan kepada sekolah vernakular.

27 August 2013

Ketepikan Ego, Bergabung Sebagai Satu Parti India




Proses penggabungan parti politik kaum India di negara hanya dapat dilaksanakan sekiranya semua pihak yang berkepentingan melepaskan ego dan bersedia mengutamakan kepentingan masa depan masyarakat itu. Penganalisis politik Anbumani Balan berkata faktor kerjasama, tolak ansur dan pengorbanan merupakan tiga asas penting untuk membuka pintu perbincangan antara semua pemimpin parti India.

Beliau berkata isu ini sudah dibangkitkan dari semasa ke semasa termasuk pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dan kini bukanlah masa untuk menuding jari antara satu sama lain ataupun mahu menunjukkan kehebatan parti mana yang kuat. Dalam percaturan politik, kita perlu akui pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan penerimaan dan penolakan sesebuah parti politik oleh masyarakat umum.

25 August 2013

Umno Selangor Perlu Bangkit Dan Elak Berpecah




Pimpinan dan ahli akar umbi Selangor perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk membangkitkan semula Umno dan mengelakkan perpecahan dalam kalangan ahlinya. Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, sejarah lalu membuktikan bahawa kesilapan melibatkan perselisihan faham antara pimpinan dan ketua akar umbi dalam Umno menyebabkan parti itu kalah pada PRU13.

“Kemudian ada golongan dalam Umno yang masing-masing hendak menjadi ‘hero’. Ada perpecahan pihak pimpinan di Selangor pada masa itu (PRU13 lalu) dan pucuk pimpinan tak bersatu padu.

03 June 2012

ORANG MUDA: KENAPA SAYA PERLU SOKONG BN


Pembangkang mendabik dada mendakwa perhimpunan yang disokong mereka yang bertukar ganas pada 28 April lepas disertai oleh sebahagian besar orang muda yang berumur bawah 40 tahun dan dengan mudah pula mengandaikan kononnya generasi muda menyokong mereka. Benarkah dakwaan dan andaian itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...