Gambar Hiasan |
Seorang kanak-kanak
perempuan berusia enam tahun yang dikunci dalam bilik sebelum diperkosa dipaksa
berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak
perogolnya. Mangsa yang tinggal di Kampung Keshavpura di Rajasthan diserang
lelaki berusia 40 tahun itu kira-kira dua minggu lalu.
Keluarganya mengadu
pada jawatankuasa kampung itu yang kemudian mengadakan mesyuarat bagi
memutuskan tindakan yang patut diambil terhadap perogol terbabit.
Jawatankuasa
berkenaan akhirnya memberitahu ibu bapa mangsa agar mengahwinkan anaknya dengan
anak perogol berkenaan. Keluarga mangsa bagaimanapun enggan menerima cadangan
berkenaan. Sementara itu, mangsa dipercayai dirogol sekali lagi oleh lelaki
sama Rabu lalu, menurut NDTV.
Kes itu adalah
kejadian terbaru dalam beberapa siri serangan seksual terhadap wanita dan
kanak-kanak perempuan di India, termasuk serangan maut terhadap pelajar
perubatan berusia 23 tahun di Delhi akhir tahun lalu dan kejadian rogol
jurugambar di Mumbai bulan lalu.
Dalam kes terbaru di
Keshavpura, polis hanya mengetahui mengenainya selepas aktivis membawa mangsa
dan ibu bapanya ke balai polis Mahaveer Nagar di Kota untuk membuat laporan.
No comments:
Post a Comment