Selipar
terpakai, duit RM2, sudu, buku atau apa saja barang yang ada ketika majlis akad
nikah dijalankan, boleh dijadikan mas kahwin. Lebih memalukan, ada antara
pernikahan itu hanya sah selama 30 minit. Selepas tempoh itu, pasangan
berkenaan akan bercerai secara automatik.
Majlis
pernikahan secara mutaah (kontrak) ini mungkin perkara biasa di negara yang
majoriti penduduknya pengikut Syiah seperti Iran dan Iraq. Bagaimanapun,
pernikahan yang sekadar mahu menghalalkan zina ini turut berlaku di Malaysia.
Ini
diakui Suhana, 34, yang pernah tiga kali bernikah secara mutaah sepanjang dua
tahun menjadi pengikut Syiah sebelum bertaubat setahun lalu. Katanya, kali
pertama dia berkahwin secara mutaah untuk tempoh empat bulan, kedua tiga minggu
dan kali ketiga bagi tempoh dua bulan.
Suhana
berkata, dia yang sebelum itu janda anak tiga, dipelawa mengikuti kumpulan
Syiah itu menerusi kenalan lelakinya yang juga rakan perniagaan.
No comments:
Post a Comment