08 June 2012

TONY PUA : KERANA MULUT JAHAT DAN FITNAH, 200K TERBANG


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Tony Pua untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi am membuktikan bahawa semua kenyataan-kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah merupakan fitnah serta berniat untuk memburuk-burukkan nama syarikat tersebut. 


Walaupun Tony Pua ada mengemukakan tuntutan balas pada 14 Mac yang lalu, namun permohonannya itu telah ditolak oleh mahkamah. Dalam pernyataan pembelaannya, dia menafikan ada mengeluarkan kenyataan fitnah itu dan mendakwa, tuntutan tersebut tidak wajar dan tidak berasas selain remeh, menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah. Dia turut memohon supaya permohonan Syabas ditolak dengan kos.

Yang menjadi persoalannya, ketika dia mengeluarkan kenyataan tersebut, tidak pula timbul soal remeh dan menyusahkan sedangkan natijah dari kenyataan tersebut telah menyebabkan timbul pelbagai persepsi dan spekulasi dikalangan pembaca. Sebagai sebuah syarikat bertaraf multi-nasional, sudah tentu tindakan Tony itu telah mencalarkan imej syarikat dan telah mengakibatkan rakyat dan penguna memandang serong terhadap Syabas selaku pemegang konsesi air di Selangor.

Pihak Syabas sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Pua pada 28 Januari 2011 kerana mendakwa Setiausaha Publisiti DAP itu telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

Kenyataan tersebut yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau (Edisi Metro) pada 16 November 2010 di bawah artikel bertajuk 'Tony Pua: Selangor government must have water rights to prevent price hike'. Penerbitan melalui kenyataannya itu dilihat telah memperkecil-kecilkan reputasi perniagaan dan menyebabkan cemuhan awam yang membawa kerugian serta kerosakan kepada pihak syarikat.

Selain dari ganti rugi tersebut, mahkamah juga turut mengeluarkan perintah bagi menghalang Tony Pua dan ejennya daripada menerbitkan kenyataan berbentuk fitnah tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut nyata tidak  begitu disenangi oleh Tony dan dia tetap merasakan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tiada mempunyai sebarang unsur fitnah.

Ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman blognya yang mengatakan, dia telah mengarahkan peguamnya yang diketuai oleh Gobind Singh Deo merangkap Setiausaha Perundangan DAP untuk mengemukan rayuan melalui Mahkamah Rayuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...