Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda
ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen
16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak
mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara
dikuatkuasakan. Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti
penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak
termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.
Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan
Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar,
semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber
dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai
ekonomi.
Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka.
Pelbagai strategi digunakan termasuk memperalatkan atau memberi nama
berbunyi Melayu (Islam) dan mempergunakan pekerja Melayu (terutama
Indonesia). Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat,
langsung tidak pedulikan.
Bagi mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai
pekerja Muslim hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, semakin
hari semakin berjauhan dengan Pencipta. Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak dibeli mereka dan
mengekalkan nama berunsur kemelayuan dan keislaman untuk menarik
pelanggan.
Sedangkan makanan yang disajikan belum pasti halal atau tidak. Mereka
juga sanggup berkahwin dengan Orang Asli untuk mendapatkan lesen dan
tanah.
Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak
membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu saya mempertikaikan semangat
patriotisme mereka.
Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan
makanan yang tidak halal. Kadangkala saya berasa amat pelik, kedai
makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat.
Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.
Kebetulan terbaca artikel Dr Mark Hyman (7 Jan 2011), pakar perubatan
dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan
memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.
Dalam siri Food Revolution, Jamie Oliver mengatakan, kita sedang
mendidik generasi akan datang yang tidak akan mengenal sayur, buah dan
tidak tahu memasak. Katanya lagi, "I believe the most important and the
most powerful tool you have to change your health and the world is your fork".
Menurut Hyman, kanak-kanak yang mendapat makanan cukup bersama keluarga
lebih berjaya atau mendapat keputusan baik di sekolah dan hubungan
kekeluargaan lebih akrab.
Untuk memulakannya, Hyman menasihatkan kita semua supaya masak dan
makan di rumah dengan memeriahkan dapur. Penuhi dapur dan peti sejuk
dengan buah tempatan dan makanan segar dan mengurang makanan manis dan
berlemak.
Makan di rumah sebenarnya amat dituntut Islam, kerana di situ ada
keberkatan. Bayangkan jika sambil memasak makanan berkhasiat kita berdoa
dan berzikir. Tidakkah semua ini sudah cukup membuktikan kajian barat
itu. Saya menasihatkan umat Islam, jika teringin sangat untuk makan di luar, masih banyak lagi kedai orang Islam. Negara kita adalah syurga makanan. Carilah yang halal tanpa was-was.
Dari segi kaedah, umat Islam perlu membantu sesama sendiri dahulu. Baharulah membantu orang lain.
Sebelum ini kita biasa mendengar berita serbuan Jakim dan pihak
berkuasa ke atas restoran yang menggunakan loga halal palsu dan ramuan
yang haram. Tapi kebanyakan kita buat tidak kisah. Sedangkan kita tahu
ini agenda ultra kiasu untuk mengaut keuntungan dan menghitamkan hati
kita? Lebih menyedihkan jika ada pihak berkuasa melindunginya.
Kita akan menyesal suatu hari nanti. Ingatlah, pengusaha makanan ultra
kiasu sanggup menggunakan taktik yang keji semata-mata untuk menjatuhkan
perniagaan orang Islam.
Hari ini, ultra kiasu lancarkan kempen di alam maya untuk memboikot KFC
(disebabkan insiden ultra kiasu kurang ajar) dan juga kempen memboikot
roti Gardenia.
Mereka sudah ada syarikat roti ultra kiasu. Bacalah dalam laman web, bagaimana kempen kotor ini berjalan.
Sama juga dengan konsert nasyid yang melibatkan penyanyi antarabangsa yang berlangsung 16 Jun lalu.
Semua penaja konsert tersebut terdiri daripada syarikat Islam. Yang peliknya pihak pengurusan acaranya adalah syarikat seratus peratus tidak Islam.
Persoalan saya, tidak adakah orang Islam profesional yang boleh menjadi
pengurus acara, sehingga terpaksa mengambil ultra kiasu?
No comments:
Post a Comment