09 January 2014

Master Chef : Raja Azmi Tersingkir Kerana `Sumpahan` Michael Ang


KUALA LUMPUR, 8 JAN 2014: “Memang berat hati Kak Mi nak melangkah keluar dari dapur Materchef Malaysia All Stars (MCMAS), tapi apa boleh buat keputusan juri kita kena akur.

“Bagaimanapun Kak Mi rasa bangga kerana disingkir pada peringkat ini. Kak Mi sendiri pun tak sangka akan menjadi peserta top 8.

“Cuma Kak Mi rasa lucu pula kerana sebelum ini Michael Ang pernah bergurau dengan mengatakan Kak Mi akan tersingkir jika menjadi 8 peserta ke atas,” kata Raja Azmi ketawa.

Raja Azmi Raja Sulaiman atau lebih selesa dipanggil Kak Mit tetap merasa bangga Sungguhpun sedih kerana telah berjaya membawa pulang RM3500 kepada badan kebajikan diwakilinya Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Ractar.

MCMAS pada Sabtu ini akan menyaksikan 7 lagi All Stars yang akan bersaing merebut gelaran juara. Mereka ialah Soo Wincci, Celina Khor, Michael Ang, Syanie, Brian, Imelda dan Zamir.

Nampaknya persaingan semakin sengit dan siapa pula bakal disingkirkan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...