25 January 2014

Majlis Kampung Arahkan 12 Lelaki Rogol Seorang Wanita

Antara 12 orang lelaki yang diarahkan oleh Majlis Kampung untuk merogol seorang wanita


KOLKATA - Seramai 12 lelaki bertindak kejam apabila merogol seorang wanita selepas menerima arahan daripada Majlis Kampung sebagai hukuman kerana berlaku sumbang.


Tempat di mana seorang wanita yang dijatuhkan hukuman dirogol 12 lelaki

Polis, C Sudhakar berkata kepada AP, hukuman itu dilakukan di kawasan kampung di Benggala Barat, India selepas gadis berusia 20 tahun itu disabit kesalahan kerana ditemui bersama lelaki berlainan agama.

"Kejadian itu terbongkar selepas ibu bapa wanita berkenaan memaklumkan, mereka tidak mampu membayar denda 25,000 rupee (RM 1,300) yang dikenakan berhubung kesalahan itu," katanya.

Sekumpulan aktivis wanita, menyatakan bantahan atas tindakan yang berlaku, sehingga memaksa pihak polis terpaksa mengambil menahan mereka yang terlibat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...