29 January 2014

@cicoharahap Pilih Awek Bukan Islam Sebagai Bakal Isteri



28 Jan – Selepas mengumumkan dia sudah bergelar duda selama tiga tahun baru-baru ini, kini aktor bertubuh sasa, Cico Harahap mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis bukan Islam sejak hampir setahun yang lalu.

Dipetik daripada laporan portal Utusan, Cico memberitahu, "Sudah hampir setahun kami bertunang. Keluarga kami bertemu dengan keluarganya dan ia diadakan dalam majlis yang ringkas sahaja."



Enggan mendedahkan nama gadis itu, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaluddin turut memberitahu tunangnya masih lagi menganut agama asalnya.

"Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk Islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia.

"Lagipun dalam tempoh kami bertunang ini, saya mahu dia mengenali Islam. Saya tidak mahu dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan saya.

"Sebaliknya saya mahu dia betul-betul bersedia dan kenal Islam. Bila dia menyatakan kesediaannya untuk memelum Islam, barulah kami akan membina masjid," ujarnya.

Aktor berusia 35 tahun ini juga enggan menetapkan tarikh perkahwinan kerana mahu fokus kepada karier seninya terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Cico bersyukur kerana ibunya, penyanyi Uji Rashid sentiasa memberi sokongan selepas dia menyatakan kesediaannya untuk berhijrah ke jalan yang lebih dirahmati walaupun ada yang mempertikaikan dan mengungkap kembali kisah-kisah silamnya.

Ayah kepada Rindu Nur Fitrah ini berkata, "Saya sebelum ini sudah berkahwin dan bercerai lebih kurang tiga tahun, tetapi ibu saya lebih banyak makan garam terutamanya dalam industri.

"Bagi saya apa yang dilalui kini sebenarnya jauh lebih kecil berbanding apa yang dilalui oleh ibu. Banyak kali saya jatuh dan dia menasihat saya.

"Tidak dinafikan sokongan keluarga banyak membantu saya. Lagipun anak saya kini sudah berusia lima tahun dan berapa kali jatuh pun, saya kena bangun juga demi membesarkan anak," akhirinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...