27 January 2014

Cuba Rompak, Bekas Polis Bantuan Kena Belasah


Tindakan seorang bekas polis bantuan merompak seorang lelaki dengan bersenjatakan parang panjang pagi semalam, mengundang padah apabila dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk yang melihat kejadian itu.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, suspek berusia 24 tahun dikatakan cuba melakukan samun bersama dua rakan di Bandar Pengkalan Indah, Simpang Pulai, di sini.





Sumber polis berkata, suspek yang menaiki motosikal dikatakan menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menunggu rakan di depan sebuah kedai.

Menurutnya, suspek menghunuskan parang dan cuba merentap rantai emas dipakai di leher mangsa ketika itu.

“Bagaimanapun, mangsa bertindak berani apabila cuba merampas parang penjenayah sebelum berlaku pergelutan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...