30 January 2014

@UstazHaronDin Ustaz Harun Din Keluar Hospital


29 JAN: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu selepas dimasukkan untuk menerima rawatan Khamis minggu lalu.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat beliau yang tidak mahu namanya disiarkan dipetik portal berita Utusan Online berkata, pemimpin Pas itu mendaftar keluar (discas) daripada wad IJN jam 12 tengah hari tadi dengan diiringi ahli keluarga.

“Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalankan ke atas beliau semalam menunjukkan ada saluran darah jantung yang sudah lama menyempit.

“Namun, prosedur angioplasty bagi membuka saluran darah itu tidak dapat dibuat kerana saluran itu jauh,” kata beliau.

Sehubungan itu doktor minta Haron berehat dalam seminggu dua ini dan mengurangkan aktiviti, katanya lagi.

Haron dimasukkan ke IJN 23 Januari lalu dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Beliau dikatakan dimasukkan ke IJN selepas ubat pengembangan salur darah (GTN) yang diambil gagal meringankan kesakitan di bahagian dadanya.

Difahamkan, sebelum ini Haron sudah lima kali menerima rawatan berkaitan masalah jantung.

Kali pertama di Australia dan dua kali di IJN serta Amerika Syarikat.

Dua orang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara pemimpin yang menziarahi Haron di IJN selain Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang melawat beliau semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...