Showing posts with label IJN. Show all posts
Showing posts with label IJN. Show all posts

30 January 2014

@UstazHaronDin Ustaz Harun Din Keluar Hospital


29 JAN: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu selepas dimasukkan untuk menerima rawatan Khamis minggu lalu.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat beliau yang tidak mahu namanya disiarkan dipetik portal berita Utusan Online berkata, pemimpin Pas itu mendaftar keluar (discas) daripada wad IJN jam 12 tengah hari tadi dengan diiringi ahli keluarga.

26 January 2014

Haron Din Stabil Di IJN, Dibenar Terima Tetamu




KUALA LUMPUR 25 Jan. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak kelmarin, kini stabil.

Sehingga lewat petang ini, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan berada dalam keadaan sedar serta dibenarkan menerima kunjungan tetamu.

25 January 2014

@UstazHaronDin Tun Mahathir Melawat Haron Din Di Hospital


Hari ini Tun Mahathir Mohamad menziarahi Tuan Guru Haron Din di IJN pada tengah hari tadi. Mungkin kala mereka berpendapat yang berlainan, bukan makna mereka bermusuhan.

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur." (Riwayat Bukhari)

Semoga Tuan Guru Haron Din akan cepat sembuh dan meneruskan menpertahankan Kalimah Allah yang cuba dicemari oleh segelintir pihak.

24 January 2014

@UstazHaronDin Harun Taib Tenat, Harun Din Beransur Pulih



KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.


Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...