17 September 2007

SATU PENJELASAN BUAT RAJA PETRA II

Hari ini telah masuk hari yang ke-9 cabaran yang ditujukan khas kepada Raja Petra untuk mendedahkan nama dan nombor telefon Puteri UMNO yang mengikut dakwaan beliau boleh diajak untuk ‘berzina’ walaupun baru sekali berjumpa. Tidak cukup dengan itu beliau juga mendakwa terdapatnya ahli-ahli Puteri UMNO yang mengemar melakukan perkara-perkara sumbang yang pelik lagi memualkan.

Namun apa yang kelakarnya ialah, Raja Petra yang pernah mengaku berketurunan anak raja Bugis kononnya berani dan tidak gentar dengan sebarang cabaran akhirnya hanya mampu senyap tanpa sebarang bahasa. Sahabat penulis Raja Baizura dari KPMU.net telah mencabar Raja Petra untuk mendedahkan kiranya benar seperti yang beliau dakwa. Namun sehingga ke hari ini tiada sebarang maklum balas yang diberikan.

Terbaru, lantaran malu dengan khalayak sendiri beliau hanya mampu mengeluarkan artikel lapuk yang pernah digunakan pada 2004 semasa beliau bergiat secara aktif untuk membebaskan Anwar suatu ketika dahulu. Dan andaikata di tanya orang, beliau mungkin hanya akan mengatakan Raja Baizura bukan lawan yang setanding dengan beliau seperti yang pernah beliau dikatakan pada Rosli Ismail dari Agendadaily.

Bak kata perpatah ‘cakap siang pandang-padang, cakap malam dengar-dengar’, Raja Petra sepatutnya tidak membabi-buta apabila menulis dan seharusnya lebih bertanggungjawab dalam setiap penulisannya. Jangan hanya pandai baling batu sembunyi tangan dan ‘hentam kromo’ apabila di asak dengan pelbagai isu dan kehabisan modal.

Dan lagi, sejak kebelakangan ini Raja Petra begitu takut dan alergik dengan KPMU.net hingga tidak berani mengatakan secara jujur dari mana artikel yang beliau respon diperolehi. Andainya dahulu beliau tanpa sengan silu akan memberikan alamat penuh kami, namun sekarang hanya mampu mengatakan dari website UMNO.

Ada dua kemungkinan yang dapat penulis andaikan, pertama berkemungkinan andaikata dengan menyiarkan alamat kami secara tidak langsung akan memberikan promosi percuma kepada KPMU.net. Andai ini tanggapannya, pada hemat penulis KPMU.net mampu berdiri dengan sendirinya dan tidak pernah mengharapkan ehsan dan belas simpati dari Raja Petra.

Dan yang kedua, berkemungkinan beliau gusar andaikata pembacanya mula membuat perbandingan dan menilai setiap tuduhan dan jawapan yang pernah dilontarkan selama ini. Kerana sebelum ini setiap artikel beliau tidak di jawab beliau di lihat begitu bebas memberikan seribu macam hikayat. Namun tidak lagi dengan wujudnya KPMU.net, kerana tuduhan dan fitnah yang beliau lontarkan pasti dijawab dan terserah kepada pembaca untuk menilai yang mana betul dan salah.

Isu seterusnya yang cuba penulis sampaikan di sini ialah, di dalam artikel beliau yang terdahulu “Firing Blanks’’ Raja Petra hanya mampu mengulas 2 hingga 3 perenggan sahaja dari keseluruhan artikel penulis. Sedangkan sebelum ini beliau heboh mengatakan penulis-penulis di KPMU.net hanya mampu memberikan artikel-artikel yang pendek serta tidak mempunyai isi.

Untuk tidak menghampakan harapan si Raja Petra, penulis telah menulis satu artikel, kira-kira 4 muka surat dan di selang-selikan pula dengan Al-Quran dan hadis Nabi SAW untuk menguatkan hujah yang diberikan.

Namun sayang seribu kali sayang, Raja Petra tidak mampu untuk menghayati malah cuba untuk memahami apa yang ingin penulis sampaikan. Dan lagi ulasan yang diberikan begitu ringkas sehinggakan tersasul mengaitkan Puteri UMNO yang kononya penuh dengan salah laku sosial.

6 comments:

Anonymous said...

Deffenetly he'll change the story up side down by saying those things,
in order to escape from what ever charges on him.

Truth and nothing but the truth,not realy cause his a LIAR like you mention ealier.

Anonymous said...

laa....kenapa kecoh2 sangat nie....dgn raja petra pun boleh kecoh...dia bukan ketua pembangkang pun, dia bukan ahli parlimen atau ADUN pun, dia bukan presiden sebuah parti politik pun, bukan antara pemimpin2 negara pun, bukan calon angkasawan pun, bukan perenang negara.

simple je bende nie.....kenapa tak jawab sahaja segala tuduhan2 raja petra tue....kalau tuduhan2 raja petra tue palsu, maka jawab dan sangkallah.....ataupun bawak kes nie ke mahkamah...dua-dua pihak saling kemukakan hujah dan bukti....biar hakim mahkamah tentukan siapa yg bohong, siapa yg penipu....habis cerita.

Unknown said...

Perpatah ada mengatakan diam tidak bermakna mengiyakan apa yang palsu... Cuba saudara bayangkan... apa akan jadi kiranya semua yang orang tuduh, kita layan.... maka semua perancangan dan pembangunan @ kerja lain tidak akan dapat di lakukan....

Ibarat api yang terkena sabut kelapa... kiranya di tiup maka lama kelamaan bakal mengakibatkan terbakar keseluruhannya... bukan niat untuk bermadah pujangga... tapi sekadar memberikan kiasan agar mudah memahamkan pemikiran saudara sekalian...

bukan niat untuk menyokong@membodek kerajaan semata-mata, hanya sekadar meluahkan apa yang dirasakan betul

Anonymous said...

masih dalam isu RPK kan???
RPK ni MELAYU kan??? kiranya ada darah-darah MELAYU laa...

fakta : mengikut teori Tun mahathir = Melayu suka meniru, maka aku rumuskan...MELAYU kebanyakannya KURANG JATI DIRI, dan RPK adalah contoh terbaik...

seperti pemimpin lain, Pak Lah juga mahukan melayu keluar dari kepompong ni...malangnya...tak ramai org MELAYU yang TAAT dengan PEMIMPIN...

masalahnya org macam RPK ni dia perasan nak jadi MICHEAL MOORE versi MELAYU...

MICHEAL MOORE kalau kutuk BUSH pun berkati-kati dia buat research...RPK ni hanyalah...setakat "menghembus di angin lalu"...

apa pun tabley pakai...

Anonymous said...

hehe Malaysia Today..bawah kelolaan RPK tu amat besar pengaruh nya..dpd hari2 biasa pun hits nya dalam lingkungan 400 ribu ke 500 ribu..dan masa ada isu2 hangat hits nya akan naik 10 kali ganda hingga 4-5 juta hits. Dgn jangkauan yg begitu besar..maka pengaruh nya juga amat besar!!!!

hehe sebab tu kalau RPK terus main kan isu perkauman seperti ini..apa lagi dia sebagai org melayu jg menyalah kan org melayu senagai punca 13 mei..ini amat sensitif..hehe sepatut nya sebelum perkara yg lebih buruk berlaku..elok kjaan humban kan saja dia kedalam ISA!!! agar jd pengajaran supaya jangan sewenang2 main isu perkauman dan ugama dalam apa keadaan pun!!!!

Anonymous said...

sy dulu fanatik MT, wajib baca setiap hari, i spent hours just to read all the stories.

but now, since i baca about obefiend punked RPK i questioned by membabi buta attitudes about all things he said. i became more hati2 bila membaca fakta dia and i came across a few other articles people questioned about, people who knows that the facts were not true.

since then, i dah tak bc MT mcm dulu. i tak nak baca MT yg for me sgt bhy and hub penyebar fitnah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...