Penulis sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di pasar ramadhan Taman Keramat semalam (14 Sept 07) ketika di sapa oleh bekas rakan sekolah yang tinggal tidak jauh dari rumah penulis. Memandang baru pukul 5.00 petang dan waktu untuk berbuka puasa masih jauh lagi maka sempatlah kami berbual-bual kosong tambahan pula keadaan jalan yang masih lagi sesak kebanyakannya mahu pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.
Antara topik yang kami bualkan ialah mengenai Bajet 2008 yang di bentangkan oleh Pak Lah di Parlimen baru-baru ini. Yang mana antara lainnya kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pendidikan secara percuma kepada semua rakyat tanpa mengira latar ekonomi mereka.
Walaupun isu ini nampak kecil pada sesetengah orang namun menurut rakan penulis ini, ia merupakan satu tindakan yang berani dan bijak. Langkah yang di ambil ini benar-benar memberikan keuntungan kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
Tambahan pula bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar (bilangan anak bersekolah yang ramai) sedikit sebanyak bakal melegakan kepala mereka apabila tibanya hujung tahun. Menurut rakan penulis juga walaupun yuran persekolahan yang dikenakan sebelum ini tidaklah semahal mana, namun bagi golongan yang miskin ia begitu membebankan.
Ditambah dengan desakan hidup ia hanya akan di jadikan alasan untuk tidak menghantar anak mereka sekolah. Apa yang mereka mampu fikirkan ketika itu ialah dari perlu mengeluarkan bermacam-macam belanja untuk menghantar mereka ke sekolah ada baiknya mereka ini disuruh bekerja. Setidak-tidaknya mereka dapat menyumbang kepada penambahan ekonomi keluarga.
Namun sekarang dengan langkah yang diambil ini, tiada lagi sebarang alasan yang boleh di bangkitkan. Kerajaan telah berusaha untuk memastikan setiap golongan rakyat memperolehi taraf pendidikan yang sama dan yang paling penting ia secara percuma. Ditambah pula dengan pelbagai kemudahan dan mutu perkhidmatan yang di sering perbaiki dari masa ke semasa.
Isu ini andaikata di nilai secara matang memang ada benarnya, penulis sendiri contohnya datang dari keluarga yang besar dan sedikit sebanyak pernah melihat betapa susahnya ayah penulis apabila tibnyaa hujung tahun. Mana nak di siapkan kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, dan sebagainya. Ditambah pula dengan pelbagai yuran sampingan yang kadangkala cukup merimas dan memeningkan kepala.
Setidaknya-tidaknya wang untuk membayar yuran persekolahan dan peperiksaan yang dimansuhkan ini boleh juga digunakan untuk membayar keperluan lain dan menghantar anak ke kelas tambahan dan sebagainya. Walaupun rakan penulis ini sebelum ini agak lantang mengkritik kepimpinan Pak Lah dan kerajaan namun dengan pengumuman budjet ini beliau di lihat sudah mula menilai sesuatu isu secara rasional.
Bukanlah niat untuk mengatakan sebelum ini beliau tidak rasional, cuma kadangkala beliau agak emosional dan sering menyalahkan kerajaan dengan apa yang terjadi. Tujuan penulis memaparkan perihal rakan ini ialah bertujuan untuk memberikan gambaran kepada pembaca andaikata rakan penulis yang agak kritis dengan kerajaan dapat menerima langkah yang di ambil. Bayangkanlah impaknya terhadap keseluruhan rakyat Malaysia yang kebanyakkan terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Penyokong pembangkang yang sebelum ini agak fanatik untuk menentang dan mengkritik kerajaan juga secara diam mula bersetuju dengan pendekatan ini. Masakan tidak mereka merasakan seolah-olah kerajaan sudah mula prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.
Penulis juga di maklumkan, kebiasaannya hanya negara maju sahaja yang mampu memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan sebagainya. Walaupun Malaysia belum lagi mencapai kepada status negara maju namun telah mampu untuk menuju ke arahnya.
Namun apa yang dikesalkan, para pemimpin pembangkang mula menabur racun di minda penyokong mereka dengan mengatakan ia hanya sekadar budget pilihanraya dan sebagainya. Mereka juga menolak untuk berterima kasih kepada kerajaan dengan alasan ia merupakan tangungjawab pemerintah kepada rakyat.
Motifnya hanya satu mengembalikan semula kepercayaan penyokong yang di lihat sudah mula goyah dan cenderong kepada pemerintah. Oleh itu isu ini sengaja di politikan untuk mengelakan mereka kehilangan penyokong pada pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment