13 September 2007


Semalam (12 September 07), buat pertama kalinya blog yang teman usahakan ini tidak dapat di akses atas alasan ia merupakan ‘spam blog’. Di sebabkan itu, ‘moderator’ blogspot.com terpaksa menghentikan seketika perkhidmatan yang ditawarkan sehingga teknikal dari blogspot melakukan pemeriksaan.

Memandangkan pihak blogspot.com memang memandang serius dan cuba membanteras gejala mewujudkan blog untuk dijadikan ‘spam’ maka tindakan terhadap teman terpaksa di ambil sehingga siasatan selesai.

Untuk mengelakkan sebarang salah faham dan menimbulkan masalah, teman telah menghantar satu e-mail sebagai maklumbalas dan menerangkan perkara yang sebenar kepada moderator blogspot.com. Hasilnya, pada hari ini (13 September 07) teman dimaklumkan, tindakan yang diambil itu adalah berdasarkan laporan yang di buat yang berkemungkinan bertujuan untuk mensabotaj laman teman.

Menurut mereka, pihak blogspot telah menerima satu e-mail yang mengatakan blog teman adalah ‘spam’ dan meminta agar perkhidmatan yang ditawarkan dibatalkan. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, hanya blog teman telah di bebaskan. Namun ia bukanlah satu isu yang besar, ia hanya sekadar luahan rasa apa yang telah teman alami.

Walau bagaimanapun di kesempatan yang mulia ini, teman ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak’ kepada semua para pembaca yang budiman. Semoga dengan kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini akan menjadikan hamba yang dikasihi oleh Allah SWT.

Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...