27 January 2014

@anwaribrahim @AzminAli @faekah_qkn5 @Khalid_Ibrahim Tak Dapat Jadi PM, Jadi MB Pun Oklah?



Kemelut dalam pakatan pembangkang nampak gayanya tidak akan berkesudahan malahan makin “panas”. Dalam keadaan pihak Khalid menafikan perletakkan jawatan beliau, terdapat beberapa pihak media yang hangat memperkatakan niat Anwar Ibrahim mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa sudah jadi? Selama ini Anwar berkobar-kobar mahu menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja yang boleh menghalang laluan beliau. Adakah beliau telah sedar bahawa jawatan Perdana Menteri itu sudah terlalu mustahil untuknya?

Speaker Hannah Yeoh telah mengesahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini. Kononnya ini untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Menteri Besar selangor.

Seperti biasa pembangkang seolah-olah telah merancang segalanya mengikut agenda mereka. Mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jawatan Menteri Besar (MB) Selangor tidak semestinya dijawat oleh anak jati Selangor sendiri. Kita tahu bahawa Anwar bukan anak jati Selangor. Mereka akan menghalal cara kan apa sahaja perkara mengikut kemahuan mereka. “End justice the mean”. Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, rakyat Malaysia dari mana-mana negeri boleh menjawat jawatan tersebut sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di Selangor.

Sebelum ini media telah membongkar ketidakupayaan pembangkang dalam mentadbir Selangor sehingga menyusahkan rakyat. Banyak perkara telah dipertikaikan seperti isu sampah, syabas. penipuan manifesto dan sebagainya. Pembangkang telah menafikan segalanya. Namun kini mereka seolah-olah menggunakan isu yang sama untuk ‘menghentam” Khalid Ibrahim.

Persoalannya adakah rakyat Selangor rela bermenteri besarkan seorang yang pernah disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara. Kerajaan Jepun pun tidak rela membenarkan Anwar menjejakkan kaki “kotornya” ke tanahair mereka. Lekeh sangatkah rakyat Selangor sehingga sanggup menjadikan seorang yang berulangkali dibicarakan atas kes liwat yang tidak berpenghujung sebagai Menteri Besar.

Bukan itu sahaja yang mengganggu kami rakyat Selangor. Penipuan demi penipuan Anwar Ibrahim yang telah berjaya dibongkarkan sebenar menjadi “indicator” bahawa beliau benar-benar tidak layak menjadi pemimpin. Hancurlah negeri Selangor jika dipimpin oleh juara penipu yang cukup pandai berlakon ini.

Rakyat mempunyai tugas besar dalam membuat pilihan siapa yang harus mereka pilih untuk menjadi pemimpin. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan rakyat bahkan anak cucu kita menderita. Jihad kita untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sumber : MyKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...