Kemelut dalam pakatan pembangkang nampak gayanya tidak akan berkesudahan malahan makin “panas”. Dalam keadaan pihak Khalid menafikan perletakkan jawatan beliau, terdapat beberapa pihak media yang hangat memperkatakan niat Anwar Ibrahim mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
Apa sudah jadi? Selama ini Anwar berkobar-kobar mahu menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja yang boleh menghalang laluan beliau. Adakah beliau telah sedar bahawa jawatan Perdana Menteri itu sudah terlalu mustahil untuknya?
