27 January 2014

Video Eksklusif!!! Ustaz Don Daniyal Kongsi Gambar Anaknya, Don Mustofa


Ustaz Don Daniyal Kongsi Gambar Anaknya, Don Mustofa

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk melihat wajah comel Don Mustofa, anak sulung Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna. Tidak mahu membiarkan peminatnya tertunggu-tunggu, Ustaz Don telah berkongsi gambar pengarang hati jantungnya. Suka melihat gambar mereka sekeluarga. Memang “one happy family”. Sejuk mata memandang.



Ustaz Don juga turut berkongsi beberapa video yang berisi tunjuk ajar, nasihat dan kemudian mencukur rambut anaknya itu sambil bersalawat bersama-sama isteri dan rakan-rakan.

Memang sempoi Ustaz Don ini. Diharap lebih banyak video sebegini yang akan dikongsikan oleh Ustaz Don untuk tatapan bakal ibu bapa di luar sana. Tahniah buat Ustaz Don dan isteri sekali lagi atas kehadiran Don Mustofa. Semoga rezeki anda dimurahkan dan kehidupan anda sekeluarga lebih diberkati.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...