27 January 2014

Hukum Murid Macam Lembu, Guru Cina Diarahkan Pindah Sekolah

DUA murid yang mendakwa diberi rumput sebagai makanan.

PUTRAJAYA: Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di Sungkai, Perak yang bertindak melampau dengan menghukum anak muridnya seperti lembu pada Khamis lalu menerima hukuman apabila dia diarahkan bertukar sekolah selain turut diberikan surat amaran tegas.

Keputusan itu dibuat Kementerian Pendidikan semalam selepas mengambil kira pelbagai aspek selain menyifatkan hukuman diberikan guru berkenaan dianggap keterlaluan dan tidak wajar dilakukan.



Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pihaknya sudah meneliti hasil siasatan dibuat Jabatan Pendidan Perak sebelum membuat keputusan untuk menukarkan guru berkenaan ke sekolah lain.

Beliau berkata, kementerian juga sudah mengarahkan Pengarah Pendidikan Perak supaya mengeluarkan surat amaran tegas kepada guru berkenaan kerana bertindak secara keterlaluan mendenda hanya kerana murid berkenaan tidak menyempurnakan kerja sekolah.

Hukuman tidak masuk akal itu dikenakan terhadap dua murid tahun empat hanya kerana mereka gagal menyiapkan kerja sekolah diberi. Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian itu, ibu seorang daripada mereka membuat laporan di Balai Polis Sungkai, kelmarin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...