29 January 2014

Van Keselamatan Dibakar, Sebelum Larikan RM3.3 Juta



Kuala Selangor: Empat pen jenayah melarikan wang tunai RM3.3 juta daripada sebuah van keselamatan di sebuah stesen minyak di Ijok di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Sumber polis berkata, difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah van syarikat keselamatan berhenti di stesen minyak itu untuk memindahkan wang tunai ke ATM.



"Sebaik kenderaan itu berhenti, keempat-empat suspek yang sudah menunggu di stesen minyak berkenaan terus menyerbu dan melarikan van terbabit dengan membawa bersama empat pengawal keselamatan.

"Kenderaan itu dilarikan kira-kira 1 kilometer ke sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Makmur," katanya.

Menurut sumber, sebaik tiba di ladang kelapa sawit itu, empat penjenayah terbabit mula memindahkan sembilan beg berisi wang itu ke sebuah van lain sebelum membakar van syarikat keselamatan itu.

Kesemua pengawal keselamatan terbabit ditinggalkan bersama van yang terbakar, katanya.

Katanya, dua daripada empat pengawal keselamatan mengalami kecederaan melecur pada anggota badan dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...