28 January 2014

Akhirnya Wira Spender MATI


Kamphaeng Phet: Seorang aktivis antikerajaan yang digelar Wira Seluar Dalam menjadi sasaran tembakan pagi semalam di kediamannya ketika lapan ahli keluarganya yang lain sedang tidur.

Wirachat Premkamon ialah anggota Rangkaian Pelajar Dan Rakyat untuk Pembaharuan Thailand NSPRT.

Bagaimanapun, Wirachat dan keluarganya tidak cedera dalam serangan itu.

Ibu Wirachat, Prawik Kusonthan berkata, dia tidak tahu punca terhadap serangan berkenaan.

Walaupun Wirachat menyokong gerakan pembangkang, bapanya memandu kereta yang mengiklankan Parti Phue Thai - pimpinan Yingluck Shinawatra - untuk pilihan raya Ahad depan.


Polis mengesyaki serangan itu berunsur politik tetapi juga tidak menolak ia mungkin disebabkan oleh konflik peribadi termasuk membabitkan urusan jual beli kereta terpakai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...