25 January 2014

Dua murid dakwa dipaksa makan rumput



SUNGKAI 25 Jan. - Seorang guru lelaki bertindak keterlaluan dengan 'melayan' dua murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di sini seperti lembu dengan menggantung loceng di leher dan memaksa mereka memakan rumput pada Khamis lalu.



Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku selepas Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing berusia 10 tahun gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi.

Kedua-dua kanak-kanak berkenaan dihukum oleh guru berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris di sebuah kelas yang mempunyai 11 orang murid di sekolah tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...