27 January 2014

@AzminAli @faekah_qkn5 ADUN Letak Jawatan Untuk @anwaribrahim , @Khalid_Ibrahim Tidak Akan Berundur



Desas-desus bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor yang dianggap sebagai spekulasi liar dan jenaka politik semalam, hari ini tampak seperti menjadi kenyataan. Sebentar tadi Speaker Dewan Negeri Selangor, Hanna Yeoh, mengumumkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kajang, Lee Chin Cheh (PKR).

Menurut Hannah Yeoh, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.



Sejak semalam tersebar khabar angin bahawa Anwar Ibrahim dijangka bertanding dalam pilihan raya kecil dan menjadi Menteri Besar Selangor dalam usaha menstabilkan politik PKR negeri Selangor. Kemelut dan krisis pentadbiran negeri Selangor membabitkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah sukar dibendung lagi.

Kedua-dua pemimpin PKR Selangor dilihat bercakaran secara terbuka melalui kritikan Twitter dan susunan pentadbiran.

Menurut sumber, Khalid memaklumkan kepada pimpinan PKR, PAS dan DAP bahawa beliau tidak memberi laluan kepada Azmin. Malah DAP dan Pas juga tidak akan memberi sokongan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar. Ini menyebabkan Anwar membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Selangor bagi menstabilkan politik negeri.

Khalid Tidak Akan Letak Jawatan?

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan beliau akan meletakkan jawatan dan digantikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, sebagai Menteri Besar, beliau tidak boleh sewenang-wenang membuat sesuatu perkara berhubung jawatan tersebut sebelum mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

Beliau turut menegaskan, perkara mengenai pengunduran daripada jawatan berkenaan juga tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri.

Kuasa Sultan

Sungguhpun Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil nanti belum tentu politik Selangor akan menjadi stabil. Anwar Ibrahim dijangka sukar mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor berikutan hubunga beliau yang agak kurang baik dengan Istana Selangor sejak Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Sehingga kini dikatakan Istana Selangor sangat dingin dengan Anwar dan orang kuatnya Azmin Ali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...