Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

27 January 2014

@AzminAli @faekah_qkn5 ADUN Letak Jawatan Untuk @anwaribrahim , @Khalid_Ibrahim Tidak Akan Berundur



Desas-desus bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor yang dianggap sebagai spekulasi liar dan jenaka politik semalam, hari ini tampak seperti menjadi kenyataan. Sebentar tadi Speaker Dewan Negeri Selangor, Hanna Yeoh, mengumumkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kajang, Lee Chin Cheh (PKR).

Menurut Hannah Yeoh, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

31 August 2013

Kilafairy Nak Hilangkan Imej Simbol Seks




Pertengahan bulan Ramadan lalu pelakon dan penyanyi muda, Kilafairy berdepan cemuhan dan cacian daripada peminat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Video berdurasi 30 saat itu telah dimuat naik di Instagram miliknya, @kilafairyofficial. Dia hanya memakai sehelai baju putih bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian miliknya, Rack.

Setelah mendapat kritikan panas daripada peminat, Kilafairy, 21, akhirnya mengeluarkan gambar tersebut beberapa hari selepas itu. Menerusi akaun Instagram Kilafairy juga, beberapa buah video menampilkan aktor dan model dari Indonesia, Hardy Hartono turut dimuat naik lantas menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka lebih daripada sekadar berkawan.

Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan sempena majlis pelancaran kapal dredger Inai Kenanga di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini mendapatkan maklum balas daripada pelakon drama Saiful Nita itu.

Ramadan lalu, Kilafairy telah memuat naik sepotong video belakang tabir promosi butik Rack dalam aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Apakah penjelasan anda?

Benar, video itu adalah penggambaran belakang tabir untuk butik Rack yang diusahakan saya bersama kakak. Saya menafikan bahawa saya tidak pakai seluar, sebaliknya saya memakai legging berwarna coklat. Jika ada pihak yang tersinggung atau sakit hati atas tindakan saya yang tidak disengajakan itu saya minta maaf.

Apakah impak yang diterima Kilafairy daripada video yang mendapat kritikan kurang sopan pada bulan Ramadan itu?

Saya telah mengeluarkan video itu daripada Instagram saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin untuk tujuan promosi butik Rack saya akan menggunakan model saja. Itu lebih selamat.

Tidakkah dengan kontroversi itu akan menjejaskan butik Rack secara tidak langsung?

Ini pertama kali timbul cerita kurang manis yang membabitkan saya dan butik Rack dan ini pertama kali saya membuka mulut mengulas situasi berkenaan. Saya tidak rasa perkara ini akan menjejaskan Rack dan pelanggan biasanya akan memfokuskan produk saya bukannya saya. Biasanya yang mencari gosip saja yang memfokuskan bahagian lain. Terpulang atas apa yang masyarakat fikirkan.

KILAFAIRY menjelaskan dia dan pelakon Indonesia, Hardy Hartono hanya berteman.
________________________________________

Kilafairy digelarkan simbol seks, apakah komen anda?

Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa. Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang.

Menerusi akaun Instagram juga Kilafairy ada memuat naik gambar dan video yang menampilkan Hardy Hartono. Apakah hubungan kalian sebenarnya?

Sudah dua tahun kami berkawan rapat dan tidak bercinta pun. Jika dia datang ke Kuala Lumpur dan kebetulan saya ada kelapangan waktu apa salahnya untuk berjumpa. Tapi kalau sudah jodoh antara kami berdua saya tidak menolak. Mengenai video terbaharu, saya akui kami ada berjumpa di Pavilion ketika dia berada di sini untuk penggambaran filem Sindiket.

Sekerap manakah anda berhubung dengan Hardy sekiranya anda berjauhan dan adakah anda pernah melawat Hardy di Jakarta, Indonesia?

Kami hanya berhubung melalui BBM (BlackBerry Messenger) dan saya pernah sekali berjumpa dia di Indonesia. Itu pun kebetulan temankan mama ke sana untuk membeli-belah.

Apakah kualiti yang ada pada Hardy sehingga membuatkan Kilafairy selesa untuk bersamanya?

Mungkin kerana usia dia yang sudah 30-an dan menampakkan dia seorang yang matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Dia juga banyak berkongsi hal karier.

Bagaimanakah pandangan mama (Rohana Jalil) mengenai hubungan Kilafairy dan Hardy?

Dia menerima apa saja keputusan saya walau bukan dengan Hardy sekali pun. Katanya selagi saya gembira, dia terima keputusan saya atau adik-beradik kami lain.

28 August 2013

Bekas Pemimpin Puteri Tolak Dakwaan Azalina Ahli Sayap Itu Dipinggir




Beberapa bekas anggota Puteri Umno hari ini menafikan kenyataan anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa Pergerakan Wanita Umno gagal mengoptimum peranan bekas anggota sayap paling muda itu apabila mereka menyertai sayap wanita. Penolong Bendahari Wanita Umno Noraslina Zainal Abidin berkata kenyataan itu tidak berasas kerana realitinya kebanyakan mereka diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan dalam sayap Wanita.

"Tidak timbul langsung isu bahawa bekas anggota Puteri Umno tidak diberi tempat dalam arus politik negara. Bukan hanya saya, beberapa rakan bekas anggota Puteri Umno juga sekarang ini memegang tampuk kepimpinan di peringkat Wanita Umno cawangan dan bahagian malah ada juga dipilih oleh perwakilan sebagai Exco Wanita Umno Malaysia," katanya.

02 June 2012

PANAS!!! ALAHAI KESIANNYA NASIB 'ULAMA' PAS


BERMULA dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, seorang lagi daripada golongan ulama iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan isyarat yang sama. Bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan bahawa pendirian mereka ini suatu yang pasti atau tidak kerana akhirnya keputusan muktamad terletak kepada parti. Namun ini tidak bermaksud kita tidak berhak untuk menghitung nasib golongan ulama di dalam Pas dalam pilihan raya umum akan datang.

12 January 2010

Isu nama ALLAH dan juga serangan ke atas gereja.


Salam Revolusi,


Berkenaan isu serangan keatas gereja di Selangor dan telah menular ke Sarawak, ia merupakan satu tindakan yang amat merugikan semua pihak. Ada pihak saling menyalahkan diantara satu sama lain hanya untuk kepentingan politik mereka.


Dari kacamata masyarakat, perbuatan sebegini tidak langsung mencerminkan semangat majmuk berbilang kaum yang telah di semai selama lebih 50 tahun. Didalam Islam sendiri melarang perbuatan mensabotaj rumah ibadat penganut agama lain. Begitu juga halnya dengan ajaran Kristian serta agama agama lain di negara ini.


Yang pelik bin ajaib adalah apabila kita tanya masyarakat kristian samada lelaki atau perempuan, ramai yang melihat orang melayu islam telampau extrem kerana menganggap ayat ALLAH adalah hak mereka sahaja. Intepretasi mereka adalah kalau hendak mewujudkan semangat 1Malaysia, kenapa pengunaan ALLAH hanya pada satu bangsa sahaja?


Kesimpulannya, isu ini telah menjadi isu perkauman dan sedang di dalam proses bual bicara semua pihak.


Kalau kita sebagai orang melayu melihat isu ini sebagai satu penghinaan, orang bukan islam pula melihat isu ini sebagai satu cabaran. Siapa yang sebenarnya bersalah di dalam isu ini? Mungkinkah ada pihak yang berkepentingan di dalam manipulasi isu ini? Ataupun mungkinkah ada kelemahan di dalam sistem kita yang tidak membenarkan kes ini diselesaikan?


Untuk menyelesaikan isu ini bagi saya adalah merupakan perkara yang mudah, dengan syarat kita betul-betul menjadi negara membangun. Setiap hari pihak berita barat menghentam kita berkenaan isu remeh sebegini.


Isu ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan lebih diplomatik jika tidak kerana ada sesetengah pemimpin yang terlalu ghairah menyuarakan pandangan dan juga terburu buru menjuarai isu. Sikap mendesak sebeginilah yang mengakibatkan kecelaruan persepsi dikalangan masyarakat hingga menimbulkan huru hara.


Di petik dari http://www.azalina.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...