BERMULA dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13) nanti, seorang lagi daripada golongan ulama iaitu
Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan isyarat yang sama. Bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan bahawa pendirian mereka ini
suatu yang pasti atau tidak kerana akhirnya keputusan muktamad terletak
kepada parti. Namun ini tidak bermaksud kita tidak berhak untuk
menghitung nasib golongan ulama di dalam Pas dalam pilihan raya umum
akan datang.