Showing posts with label Haron Din. Show all posts
Showing posts with label Haron Din. Show all posts

26 January 2014

Haron Din Stabil Di IJN, Dibenar Terima Tetamu




KUALA LUMPUR 25 Jan. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak kelmarin, kini stabil.

Sehingga lewat petang ini, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan berada dalam keadaan sedar serta dibenarkan menerima kunjungan tetamu.

25 January 2014

@nikabdulaziz @nikabduh @PASPusat Kalimah Allah : U-Turn Nik Aziz Bukti PAS Silap?


Rupa-rupanya Nik Aziz sedar implikasi sebenar penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Namun sebelum ini beliau tetap menurut keputusan pemuafakatan pembangkang yang seolah-olah “melacurkan” Islam dan bangsa Melayu. Terlalu banyak kerosakan yang bakal timbul dari penyalahgunaan Kalimah Allah ini. Ini membuktikan bahawa PAS sanggup menghancurkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara demi kepentingan politik peribadi.

24 January 2014

@UstazHaronDin Harun Taib Tenat, Harun Din Beransur Pulih



KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.


Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

02 June 2012

PANAS!!! ALAHAI KESIANNYA NASIB 'ULAMA' PAS


BERMULA dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, seorang lagi daripada golongan ulama iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan isyarat yang sama. Bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan bahawa pendirian mereka ini suatu yang pasti atau tidak kerana akhirnya keputusan muktamad terletak kepada parti. Namun ini tidak bermaksud kita tidak berhak untuk menghitung nasib golongan ulama di dalam Pas dalam pilihan raya umum akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...