Showing posts with label Kristian. Show all posts
Showing posts with label Kristian. Show all posts

15 January 2014

@realDrMAZA @ustazfathulbari Pendakyah Kristian 'Serang' Surau Di Bandar Sunway





Kira-kira 100 ahli kariah Surau As Salam, Pangsapuri Damai, Bandar Sunway, Selangor yang sedang mengikuti Ceramah Maulidur Rasul sebentar tadi gempar apabila seorang pemuda dipercayai pendakwah Kristian memasuki surau berkenaan sambil memakai baju t shirt yg tertulis perkataan yg mengagungkan Jesus.

Tindakan biadap itu, hampir mencetuskan ketegangan, namun berjaya diredakan selepas pemuda tersebut berjaya dihalau keluar dari surau berkenaan. Menurut salah seorang ahli kariah, ketika itu Ustaz Shaari sedang menyampaikan ceramah selepas waktu Maghrib apabila muncul kelibat pemuda berkenaan. Persoalan kini timbul, adakah Kristian sudah semakin biadap di Selangor?






08 January 2014

@limkitsiang @dapmalaysia @MuhyiddinYassin @nohomar Rupanya Kit Siang Si Keldai Tua, Tidak Tahu Undang-Undang Di Selangor




Ramai yang pasti tersenyum sinis apabila membaca tulisan Penasihat DAP, Lim Kit Siang beberapa hari lepas yang ‘panas hati’ dengan tindakan beberapa kumpulan yang melakukan protes di depan gereja beberapa hari lalu.

Ia dilakukan bagi membantah tindakan paderi Lawrence Andrew, Pengarang The Herald yang membuat kenyataan pada 27 Disember lalu agar supaya semua gereja Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguan mereka.

29 August 2013

Pupuk Semula Toleransi Kaum, Agama




Oleh : Mohd Ayop Abd Razid

Toleransi beragama adalah aspek penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Aspek ini perlu disemai dan dipupuk sejak kecil dan peranan ini mesti dilakukan oleh keluarga dan diperkukuh di peringkat pendidikan formal.

Semua kaum di negara ini dengan pelbagai anutan agama mesti mengelak diri daripada menyentuh sensitiviti penganut agama lain serta menjauhi sikap ekstremis. Sikap fanatik terhadap kaum dan agama secara membabi-buta sehingga tidak mempedulikan kepentingan orang lain juga mesti dijauhi.

27 August 2013

Taiko ANWAR-DAP-GEREJA Bentuk Gerakan Kristianisasi




Kemenangan kerajaan dalam permohonannya menolak rayuan pihak Gereja Katolik untuk mengenepikan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kalimah Allah disambut umat Islam dengan penuh kesyukuran dan kelegaan. Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu di Putrajaya bermakna perbicaraan penuh akan berlangsung mulai 10 September depan.

Perjuangan masih belum selesai dalam mempertahan kesucian kalimah Allah yang kini direbut oleh puak-puak Kristian untuk digunakan sebagai terjemahan istilah 'God' di dalam kitab Injil berbahasa Melayu yang dipanggil 'Al Kitab'. Isunya tidaklah berbelit-belit seperti mana yang cuba digambarkan oleh pihak Kristian.

12 January 2010

Isu nama ALLAH dan juga serangan ke atas gereja.


Salam Revolusi,


Berkenaan isu serangan keatas gereja di Selangor dan telah menular ke Sarawak, ia merupakan satu tindakan yang amat merugikan semua pihak. Ada pihak saling menyalahkan diantara satu sama lain hanya untuk kepentingan politik mereka.


Dari kacamata masyarakat, perbuatan sebegini tidak langsung mencerminkan semangat majmuk berbilang kaum yang telah di semai selama lebih 50 tahun. Didalam Islam sendiri melarang perbuatan mensabotaj rumah ibadat penganut agama lain. Begitu juga halnya dengan ajaran Kristian serta agama agama lain di negara ini.


Yang pelik bin ajaib adalah apabila kita tanya masyarakat kristian samada lelaki atau perempuan, ramai yang melihat orang melayu islam telampau extrem kerana menganggap ayat ALLAH adalah hak mereka sahaja. Intepretasi mereka adalah kalau hendak mewujudkan semangat 1Malaysia, kenapa pengunaan ALLAH hanya pada satu bangsa sahaja?


Kesimpulannya, isu ini telah menjadi isu perkauman dan sedang di dalam proses bual bicara semua pihak.


Kalau kita sebagai orang melayu melihat isu ini sebagai satu penghinaan, orang bukan islam pula melihat isu ini sebagai satu cabaran. Siapa yang sebenarnya bersalah di dalam isu ini? Mungkinkah ada pihak yang berkepentingan di dalam manipulasi isu ini? Ataupun mungkinkah ada kelemahan di dalam sistem kita yang tidak membenarkan kes ini diselesaikan?


Untuk menyelesaikan isu ini bagi saya adalah merupakan perkara yang mudah, dengan syarat kita betul-betul menjadi negara membangun. Setiap hari pihak berita barat menghentam kita berkenaan isu remeh sebegini.


Isu ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan lebih diplomatik jika tidak kerana ada sesetengah pemimpin yang terlalu ghairah menyuarakan pandangan dan juga terburu buru menjuarai isu. Sikap mendesak sebeginilah yang mengakibatkan kecelaruan persepsi dikalangan masyarakat hingga menimbulkan huru hara.


Di petik dari http://www.azalina.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...