Ramai yang pasti tersenyum
sinis apabila membaca tulisan Penasihat DAP, Lim Kit Siang beberapa hari lepas
yang ‘panas hati’ dengan tindakan
beberapa kumpulan yang melakukan protes di depan gereja beberapa hari lalu.
Ia dilakukan bagi membantah
tindakan paderi Lawrence Andrew, Pengarang The Herald yang membuat
kenyataan pada 27 Disember lalu agar supaya semua gereja Katholik di Selangor
terus menggunakan kalimah 'Allah'
dalam perhimpunan mingguan mereka.