Salam Revolusi,
Berkenaan isu serangan keatas gereja di Selangor dan telah menular ke Sarawak, ia merupakan satu tindakan yang amat merugikan semua pihak. Ada pihak saling menyalahkan diantara satu sama lain hanya untuk kepentingan politik mereka.
Dari kacamata masyarakat, perbuatan sebegini tidak langsung mencerminkan semangat majmuk berbilang kaum yang telah di semai selama lebih 50 tahun. Didalam Islam sendiri melarang perbuatan mensabotaj rumah ibadat penganut agama lain. Begitu juga halnya dengan ajaran Kristian serta agama agama lain di negara ini.
Yang pelik bin ajaib adalah apabila kita tanya masyarakat kristian samada lelaki atau perempuan, ramai yang melihat orang melayu islam telampau extrem kerana menganggap ayat ALLAH adalah hak mereka sahaja. Intepretasi mereka adalah kalau hendak mewujudkan semangat 1Malaysia, kenapa pengunaan ALLAH hanya pada satu bangsa sahaja?
Kesimpulannya, isu ini telah menjadi isu perkauman dan sedang di dalam proses bual bicara semua pihak.
Kalau kita sebagai orang melayu melihat isu ini sebagai satu penghinaan, orang bukan islam pula melihat isu ini sebagai satu cabaran. Siapa yang sebenarnya bersalah di dalam isu ini? Mungkinkah ada pihak yang berkepentingan di dalam manipulasi isu ini? Ataupun mungkinkah ada kelemahan di dalam sistem kita yang tidak membenarkan kes ini diselesaikan?
Untuk menyelesaikan isu ini bagi saya adalah merupakan perkara yang mudah, dengan syarat kita betul-betul menjadi negara membangun. Setiap hari pihak berita barat menghentam kita berkenaan isu remeh sebegini.
Di petik dari http://www.azalina.net
No comments:
Post a Comment