17 January 2010

Betulkah Nizar Dah Jadi Jutawan

Inilah rumah "sewa" Nizar sebelum jadi MENTERI BESAR pada Mac 2008 seperti yang didakwa oleh PERAK TODAY.



Inilah kediaman Nizar seperti didakwa oleh PERAK TODAY, selepas 11 bulan jadi Menteri Besar. Mana dia dapat duit. Besar sangatker gajinya sampai mampu miliki rumah semewah ini.


TIGA minit lepas aku post tulisan terkini tentang temubual Dr Zambry dan media mandarin, aku terima panggilan dari Parpukari, bloggers yang paling dihormati oleh kawan dan digeruni oleh lawan.

(Aku jarang sekali menerima penghormatan seperti ini seorang blogger besar menelefon blogger kecil macam aku -- no puns intended bro!)

Dia suruh aku baca entrynya tentang Nizar dan satu link yang menceritakan tentang kemewahan bekas Menteri Besar "minoriti" itu. Ia mengenai kehidupan Nizar sebelum, semasa dan selepas memegang jawatan Menteri Besar.

Blog Perak Today mendakwa sebelum jadi Menteri Besar, Ir Nizar hanya mampu menyewa rumah RM250 sebulan dan punya satu kereta usang dan sebuah van buruk! Kini beliau tinggal di rumah mewah yang siap berhawa dingin (sepenuhnya?) serta berkereta mewah.

Bukan itu saja, Nizar mampu memiliki sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang mempunyai gambarnya di dinding kereta itu. Mana dia dapat duit sebanyak ini???

Jika dakwaan ini benar Nizar wajib menjawab bagaimana dalam 11 bulan beliau mampu mengumpul harta sedemikian banyak. Jika tidak tuduhan beliau menjadi "belaan" Ngeh dan Nga itu benar!

Mungkinkah selama ini Nizar menjadi hipokrit atau bahasa Arabnya MUNAFIQ dengan mempamerkan imej bersih, ikhlas dan tulus. Dan beliau memang agen DAP dan "dibiayai" sepenuhnya oleh parti itu untuk menawan Perak seperti si Kitul digunakan oleh Portugis bagi menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka?

1 comment:

Anonymous said...

WOI BODOH...APA PUNYA DENGKI KAMU NI DENGAN NIZAR..HANG TAK TAU KA DIA SEBELUM JADI YB ADALAH SEORANG KONSULTAN KEJURUTERAAN / SEORANG PROFESIONAL...PENGARAH KPD BEBERAPA SYARIKAT KONSULTAN SAMPAI LUAR NEGERI PUN ADA...APA PUNYA MANGKAQ LU ..TARAK OTAK ..OTAK LEMBU..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...