25 January 2014

Al-Fatihah : Ketua Dewan Ulama Pas, Ustaz Harun Taib Meninggal Dunia


Al-Fatihah - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.00 tgh malam tadi semasa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 


Setakat ini belum diketahui apakah punca beliau meninggal dunia, cuma dilaporkan sebelum ini bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun.

Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...