Jikalau seseorang itu sentiasa berbuat sesuatu hanya untuk dihargai oleh seseorang atau golongan tertentu maka perbuatan dia itu tidak bernilai sebenarnya dia telah lupa akan harga diri sendiri dan di akhirat akan rugi.
Wahai perempuan ..
✔ Carilah lelaki yang bisa mengajarkanmu memahami Al Qur'an dan Sunnah RasuluLLah Nabi Muhammad ﷺ sebagai ikutan dan amalan harian
..✘ Bukan mengajak berduaan tanpa ikatan.
✔ Carilah lelaki yang mengajakmu kepada mendirikan masjid dengan pernikahan yang halal
..✘ Bukannya mengajakmu untuk memuaskan nafsu sambil berpacaran.
✔ Carilah lelaki yang yang suka kerana kamu menutup aurat
..✘ Bukan yang membiarkan kamu berbogel lalu mengajak bersama bermaksiat.
✔ Carilah lelaki yang tidak suka apabila kamu meninggalkan kewajipan solah
..✘ Bukan lelaki yang suka kepada perkara merosakkan aqidah.
Firman Allah Ta'alaa dicatat didalam Al Qur'an pada Surah An Nur iaitu ayat ke 26 terjemahannya ..
(Lazimnya) para perempuan yang jahat adalah untuk para lelaki yang jahat dan para lelaki yang jahat untuk para perempuan yang jahat dan (sebaliknya) para perempuan yang baik untuk para lelaki yang baik dan para lelaki yang baik untuk para perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
No comments:
Post a Comment