27 January 2014

Gambar : Kain Rentang 'Jesus Is The Son Of Allah' Di Penang


Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan menerima tiga laporan berhubung isu kain rentang yang digantung pihak tidak bertanggungjawab di beberapa kawasan sekitar Georgetown, di sini hari ini.

Menurutnya, laporan polis itu masing-masing dibuat dua wakil gereja dan juga seorang lelaki Melayu.



Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan dengan tujuan provokasi daripada pihak tertentu.

"Kita ingin nasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan," katanya.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...