29 January 2014

#prkkajang I’ m only small man kata Azmin @AzminAli @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim


Tentu ramai tertanya-tanya nasib politik Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum calon PRK DUN Kajang.

Apatah lagi, kemungkinan itu laluan kepada Ketua Pembangkang tersebut dilantik sebagai Menteri Besar.



Namun, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa menolak spekulasi pencalonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertading di DUN Kajang bertujuan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa jadi pada Azmin selepas ini?

Menurut beliau, keputusan meletakkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah dipersetujui di setiap peringkat termasuk peringkat negeri dan pusat.

“Jangan buat spekulasi, kita kena tumpukan kepada PRK untuk pastikan PKR menang besar di Kajang.

“Tak mengapa, saya rasa kita dah adakan perbincangan yang serius dengan kepimpinan pagi ini bukan saja dengan PKR, tapi juga dengan Pakatan Rakyat,” jelasnya ketika di temui di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya Selasa.

Ketika diasak mengenai ketiadaan beliau di dalam sidang media tersebut di atas kapasiti selaku pengerusi parti negeri, beliau hanya menjawab “ini sidang media pakatan dan pengerusi Pakatan Rakyat Selangor ialah Tan Sri Khalid. ini bukan sidang media PKR, ini sidang media Pakatan Rakyat.

“I’m only small man, Azmin. Saya kena pertahan keputusan yang diputuskan parti dan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Beliau juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung keputusan besar PKR ini sebaliknya mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang kenyataan dan menunggu keputusan parti.

“Saya tak mahu komen buat masa ini sebab kita akan ada perbincangan besar hari ini, petang ni juga jam 2 petang untuk saya berikan taklimat kepada pimpinan PKR Selangor dan selepas itu saya akan adakan kenyataan media,” katanya.

Semalam, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengumumkan peletakkan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chen Cheh.

Kerusi itu kosong dan PKR sudah meletakkan Anwar sebagai calon bagi mengisi kekosongan itu yang juga dikatakan sebagai strategi PKR Selangor untuk melucutkan Khalid sebagai MB.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...