29 January 2014

Sah jadi Calon, @anwaribrahim Masih Cuba Berbohong @AzminAli, @Khalid_Ibrahim



28 JAN : Betul jika ada rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa Ketua Pembangkang itu boleh hidup dengan pembohongan. Malah, ada yang kata, hendak tahu masa bila Anwar berbohong adalah bila beliau buka mulut.

Ini  terbukti disebalik penafian beliau pada Isnin bahawa akan ada Adun Selangor letak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikan  Menteri Besar, pada Selasa, Tan Sri Khalid Ibrahim umum Anwar akan tanding pada PRK Dun Kajang.



Dalam sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya yang dihadiri Anwar, Khalid serta Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayob, Khalid umumkan Anwar sebagai calon ganti Lee Chen Cheh, Adun PKR Kajang yang lepas jawatan itu semalam.

Bagaimanapun, Anwar sekali lagi menafikan keputusan bertanding sebagai calon di kerusi itu sebagai langkah menggantikan Khalid.

“Yang itu spekulasi. Sekarang ini saya tumpu nak menang di DUN Kajang dan saya harap di kerusi ini tidak ada pembaziran lebih belanja dan bagi kita ruang untuk meneruskan kerja kita,” katanya.

Namun, berdasarkan penipuan demi penipuan oleh Anwar, bolehkan penafian ini diterima?

Sidang media pemimpin PR umum Anwar calon PRK Dun Kajang

Menariknya, Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali yang sebelum ini diuar-uar bakal menggantikan Khalid tidak bersama ketika sidang media itu.



Apakah Azmin kempunan lagi jadi MB

Adun Bukit Antarabangsa yang sedang bergelut isu pengguguran jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS hanya berada di luar tempat sidang media.

Azmin yang diserbu wartawan selepas itu hanya tersenyum dan berkata, gembira dengan keputusan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...