Showing posts with label PKNS. Show all posts
Showing posts with label PKNS. Show all posts

29 January 2014

Sah jadi Calon, @anwaribrahim Masih Cuba Berbohong @AzminAli, @Khalid_Ibrahim



28 JAN : Betul jika ada rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa Ketua Pembangkang itu boleh hidup dengan pembohongan. Malah, ada yang kata, hendak tahu masa bila Anwar berbohong adalah bila beliau buka mulut.

Ini  terbukti disebalik penafian beliau pada Isnin bahawa akan ada Adun Selangor letak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikan  Menteri Besar, pada Selasa, Tan Sri Khalid Ibrahim umum Anwar akan tanding pada PRK Dun Kajang.

@PASelangor @dppns Calon MB Baru Dari Pas, Sekiranya PKR Mahu Tukar



28 JAN: Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar (MB) Selangor semakin memuncak apabila PAS bersedia menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai calon utama.

Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata isu kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR dan pihaknya hanya akan bertindak sebagai pemerhati selagi isu jawatan MB tidak dikaitkan.

27 January 2014

@anwaribrahim Ganti @Khalid_Ibrahim Jadi MB Selangor? @faekah_qkn5 @AzminAli


Anwar Ganti Khalid Jadi MB Selangor?

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat. Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

25 January 2014

@Khalid_Ibrahim @AzminAli @n_izzah @faekah_qkn5 Khalid GAGAP perlu DiTukar, Ujar Ahli Parlimen PKR




SHAH ALAM 24 Jan. - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.

Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.

15 January 2014

@Khalid_Ibrahim Di Desak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan @AzminAli @ybz99 @faekah_qkn5





Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi. 

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.

13 January 2014

@AzminAli @Khalid_Ibrahim Pemecatan Azmin : Tidak Layak Atau Wujud Konspirasi Terancang


Laporan penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yang diperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan keretakan hubungan antara Azmin dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca kepada pemecatan itu.

Malah tidak kurang juga yang mengatakan, ia adalah merupakan antara usaha Khalid untuk memastikan pengaruh politik Azmin dapat dikurangkan. Azmin ketika dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu, mengesahkan telah pun menerima surat mengenainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...