30 January 2014

#PRKKajang @anwaribrahim Bersyukur Pemimpin Dunia Pilih Kajang - @AzminAli


Bersyukur pemimpin dunia pilih Kajang - Azmin

SELEPAS Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah menyifatkan suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu anugerah Tuhan – Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan bossnya sebagai pemimpin bertaraf dunia.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, sebagai calon Pilihan Raya Kecil Kajang, pengundi di kawasan itu bertuah kerana Anwar bakal menjadi wakil rakyat mereka.

“Saya sudah kenal lama Anwar. Sudah lebih 30 tahun..dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi wakil rakyat penduduk di Kajang.

“Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia..negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan Anwar.

“Jadi orang Kajang harus bersyukur kerana pemimpin dunia turun sini berjuang,” ujarnya ketika berucap sempena PRK DUN 25 di sini hari ini.

Beliau juga mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawan Anwar dalam PRK kerusi N. 25 itu.

Menjawab pertanyaan kenapa Anwar dipilih, Mohamed Azmin mengakui ia satu keputusan sukar dibuat pemimpin PKR tetapi perlu sebagai satu langkah taktikal.

“Anwar akan menjadikan Selangor terus kekal sebagai kubu kuat PR dan beliau sendiri akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Beliau sendiri menawarkan kerusinya kepada Anwar namun Ketua Pembangkang itu memilih DUN Kajang kerana komposisi pengundinya yang hampir sama antara kaum-kaum utama di negara ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...