27 January 2014

@anwaribrahim akan bertanding di Kajang? @AzminAli @tonypua @Khalid_Ibrahim


Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang membuka persoalan sama ada tempat itu akan ditandingi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad (kiri) berkata, walaupun hanya mengetahui pengunduran itu melalui media, beliau difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.



“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya

Beliau berkata, perkara ini dia akan membincangkan perkembangan itu dengan PAS negeri dan pusat dan merasakan ia masih memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

“Perkara seperti ini sepatutnya dibincang dengan semua parti,” katanya ketika ditanya sama ada PAS Selangor bersetuju dengan pengunduran Lee itu.

Spekulasi itu timbul ekoran laporan The Star Online bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Portal itu melaporkan bahawa Khalid bersetuju melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.

Anwar bagaimanapun menafikannya.

DAP: Tak pernah bincang

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua (kanan) berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau persetujuan dibuat untuk menggantikan menteri besar Selangor dibuat.

“Tidak pernah dibincangkan,” katanya menjawab soalan Malaysiakini.

Sementara itu, Yeoh yang juga ADUN DAP bagi kawasan Subang Jaya jari ini turut ditanya berhubung kemungkinan calon untuk kawasan itu.

“Saya tidak mahu cakap perihal calon dan saya tidak mahu mengulas khabar angin. Agak awal untuk membuat spekulasi. Sehingga hari ini kerusi ini kosong. Itu sahaja,” katanya.

Yeoh juga berkata, oleh kerana ia kerusi PKR, parti itu yang akan mengumumkannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...