Belum pun isu mengenai
kalimah Allah reda, masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan
biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.
Ia ekoran dari pendedahan
mengenai sekeping surat rasmi, yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di
sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.
Ini kerana, menurut
kandungan surat tersebut ia bukan merupakan ‘amalan’ yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian.
Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian, yang
dikenali sebagai ‘Sisters of The Infant
Jesus’.
Paling menarik
perhatian, apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut
(pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN.
Menurut sejarah, sekolah
mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai ‘sekolah Mission’ adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak
sebelum merdeka. Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah
sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan
oleh para mubaligh dan biarawati mereka.
Namun selari dengan
peredaran masa, semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk
melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.
Dalam erti kata
mudah, sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.
Malah melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan Negara, semua sekolah mubaligh ini telah diberikan
status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan.
Maka persoalan yang timbul
ialah, mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu
dijadikan isu? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan, menggugat
atau melemahkan peranan sekolah tersebut?
Kesimpulannya hanya dengan
sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan
Kristian ‘Sisters of The Infant Jesus’ merasa
tidak selesa dan kurang senang.
Cuba bayangkan perasaan
yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah
Allah dalam kitab bible?
No comments:
Post a Comment