Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan |
SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang
ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar
Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita
mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan
jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar
Nik Aziz.
Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz
sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar-
gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga
mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.
Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah
kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau
DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).
Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah
atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat
kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab
ke atas seseorang itu pada hari tersebut. Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau
dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT.
Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut
al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran
ikut cakap dia.
Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang
Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir
ayat 6 bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh
yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak
golongannya supaya menjadi penduduk neraka".
Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan
itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah
kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur?
Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik
Aziz sahaja yang berani berkata begitu.
Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah
Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi
membantu pengundi untuk mengundi PAS. Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan
menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah
malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?
Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula
kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai
pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas
untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa.
Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya
tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999
itu? Siapa berbohong dan siapa kufur? Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz
nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak
hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.
Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik
Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang
dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan
sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain,
Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga
tertakluk kepada syurga dan neraka. Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan
2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana
calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz
mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT. Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh
parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas
setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong,
dan disambut dengan takbir, takbir, takbir.
Tetapi yang peliknya ramai juga calon yang diputuskan oleh Nik Aziz
itu telah tewas di tangan UMNO. Para pembaca boleh fikir sendiri.
No comments:
Post a Comment