Showing posts with label Mursyidul Am. Show all posts
Showing posts with label Mursyidul Am. Show all posts

27 January 2014

Ustaz Harun Taib : Selepas Meninggal Di Puji, Semasa Hayat Di Keji,




Portal yang menjadi lidah rasmi Pas, Harakah Daily pada hari ini begitu hebat mempromosikan kematian Ketua Dewan Ulama, Allahyarham Datuk Harun Taib. Tidak cukup dengan itu, ada di kalangan mereka turut memberikan pelbagai gelaran kepadanya kononnya sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan selama ini seperti satu kehilangan yang besar, seorang pejuang Islam, tokoh ulama tersohor dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan Allahyarham Harun Taib sebagai seorang yang degil kerana tetap mahu menghadiri mesyuarat yang diadakan walaupun sedang uzur.

09 September 2013

Bila Pak Lawak, Rasa Dirinya Ulama.... Kah Kah Kah Kah @nikabdulaziz @PASPusat




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tergugat dengan sokongan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya seorang ulama menjadi timbalan presiden parti dalam pemilihan parti akan datang.

“Anda perlu membaca keseluruhan konteks kenyataan beliau. Beliau bercakap secara umum dan tidak merujuk kepada saya atau sesiapa,” kata Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

08 September 2013

Selain Nik Aziz, Harun Taib Pun TOLAK Mat Sabu @nikabdulaziz




Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timbalan Presiden parti itu disandang oleh golongan ulama. Harun berkata, ini kerana, pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya.

Malah, jelas beliau, dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas. Jelas beliau, begitu juga bagi Pas, semua pihak mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan dalam parti terutama bagi mengerak dan menentukan hala tuju perjuangan Islam Pas adalah hasil komitmen golongan ulama.

01 September 2013

Kenyataan Nik Aziz Bermotif Politik – Belia Kedah




Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan pendekatan kerajaan negeri dalam menangani isu berkaitan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) seolah-olah cuba menguburkan institusi pengajian berkenaan.

Bendaharinya, Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dibuat Nik Abdul Aziz itu hanyalah sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat serta bermotifkan politik.

28 August 2013

Fahaman Sosialis Adalah Adik Komunis




Oleh : Juhaidi Yean Abdullah

Punca utama Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak Syed Husin Ali sebagai calon kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum, 10 tahun lalu ialah kerana Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berfahaman sosialis. Walaupun pencalonan Syed Husin dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan ketika itu tetap menolak kerana menganggap sosialis ‘adik komunis’.

Padanya, orang berideologi sosialis ‘tidak ada agama’. Apabila keputusan PRU-10 diumumkan, PAS mengalami keputusan paling buruk sejak memerintah Kelantan pada 1990. Kerajaan PAS hampir tumbang. Menurut Syed Husin, ketika melawat Nik Aziz yang terpaksa masuk hospital selepas keputusan pilihan raya 2004, Mursyidul Am PAS itu menunjukkan reaksi beliau menyesal dengan keputusan tidak membenarkannya bertanding.

04 July 2012

APA MOTIF TAWARAN PAS

Undi Pas Masuk Syurga

ADALAH sesuatu yang melucukan apabila Pas cuba menyeret UMNO dalam isu pahala apabila mengundi sesuatu parti. Ia jelas apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya.

18 June 2012

MURSYIDUL AM, TOLAK PERPADUAN DEMI BERKAWAN DENGAN SETAN

Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan

SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

30 May 2012

Harussani vs Nik Aziz : Antara Hujah dan Sikap


MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO. Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah laku dan pendekatan politik beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...