Showing posts with label Dewan Ulama Pas. Show all posts
Showing posts with label Dewan Ulama Pas. Show all posts

28 January 2014

Anak Arwah Harun Taib, Rayu Padam Gambar Bapanya


Rayuan dari YB Ust Hilmi Harun, anak sulung Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib. Atas sikap tanggungjawab semua. Sesiapa yang ada gambar Allahyarham Datuk Harun Taib yang nampak muka, mohon dipadam.

Namun permintaan anak arwah agak pelik dan jarang berlaku melainkanlah gambar yang kurang sesuai, namun kita hormatilah sajalah..

27 January 2014

Ustaz Harun Taib : Selepas Meninggal Di Puji, Semasa Hayat Di Keji,




Portal yang menjadi lidah rasmi Pas, Harakah Daily pada hari ini begitu hebat mempromosikan kematian Ketua Dewan Ulama, Allahyarham Datuk Harun Taib. Tidak cukup dengan itu, ada di kalangan mereka turut memberikan pelbagai gelaran kepadanya kononnya sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan selama ini seperti satu kehilangan yang besar, seorang pejuang Islam, tokoh ulama tersohor dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan Allahyarham Harun Taib sebagai seorang yang degil kerana tetap mahu menghadiri mesyuarat yang diadakan walaupun sedang uzur.

08 September 2013

Selain Nik Aziz, Harun Taib Pun TOLAK Mat Sabu @nikabdulaziz




Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timbalan Presiden parti itu disandang oleh golongan ulama. Harun berkata, ini kerana, pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya.

Malah, jelas beliau, dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas. Jelas beliau, begitu juga bagi Pas, semua pihak mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan dalam parti terutama bagi mengerak dan menentukan hala tuju perjuangan Islam Pas adalah hasil komitmen golongan ulama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...