Anwar Ibrahim merupakan idola Rafizi, sejak di bangku sekolah |
Ramai yang mempertikaikan apabila ada laporan dan pendedahan mengenai perpecahan
di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak kurang juga ada yang berpandangan
sinis dengan mengatakan ia hanyalah propaganda UMNO/BN bagi memecah-belahkan
parti naungan Anwar Ibrahim itu. Namun, pengumuman yang dibuat oleh Rafizi
Ramli semalam mengenai perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah menjawab kembali persoalan yang
ditimbulkan itu.
Pengumuman yang dibuat melalui akaun twitternya itu pada mulanya telah
membuatkan pengikut dan penyokong PKR mempersoalkan kewajarannya. Ada yang
meminta agar dia memikirkan semula tindakannya itu kerana, takut akan digunakan
sebagai ‘peluru percuma’ oleh media-media pro UMNO/BN.
Rafizi cuba berdolak-dalik dengan mengatakan rasional tindakannya adalah
disebabkan kerana ketibaan Ramadan yang bakal tiba dan dia ingin memberikan
penghayatan kepada ibadah berpuasa. Namun alasan tersebut terlalu dangkal untuk
diterima, kerana ternyata dia cuba mengunakan agama bagi menutup isu sebenar.
Tipu sikit x per, pengikut PKRkan bodoh, mesti depa percaya |
Mana mungkin kerana ingin menumpukan perhatian kepada puasa, dia sanggup
untuk melepaskan jawatan yang memberikan gaji yang lumayan itu. Sedangkan di
dalam islam sendiri, tidak boleh menjadikan puasa sebagai satu alasan untuk
tidak bekerja. Contohnya, nabi Muhammad saw sendiri pernah pergi berperang
ketika bulan ramadhan.
Seterusnya, Rafizi mengatakan tindakannya itu kerana ingin memberikan
tumpuan kepada kerja-kerja parti. Mungkin kerana PRU13 dijangka akan
berlangsung dalam bila-bila masa maka dia turut menjelaskan sebagai Pengarah
Strategi PKR agar sukar buatnya untuk membuat dua kerja dalam satu-satu masa.
Ia merupakan satu lagi alasan yang dilihat cuba untuk memperbodohkan
pengikutnya, kerana rata pemimpin PKR, DAP dan Pas sendiri memikul pelbagai
jawatan.
Khalid Ibrahim sendiri, sebagai contoh merupakan ahli parlimen, wakil rakyat
dewan undangan negeri (DUN) Selangor, menteri besar dan sebagainya. Azmin Ali
juga merupakan ahli parlimen dan di masa yang sama memikul jawatan sebagai
wakil rakyat Dun di tambah pula jawatannya sebagai orang no dua di dalam PKR.
Sekiranya mahu dititipkan satu persatu jawatan mereka maka sudah pasti akan
penuh halaman ini di dengan jawatan dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul
sebagai ahli politik.
Yang paling menarik, Rafizi turut menjelaskan alasan perletakan jawatannya
kerana, kebiasanya dia tidak pernah berkerja di satu-satu tempat melebihi dari
2 tahun. Dan perletakan jawatan ini mungkin kerana dia berpegang kepada prinsip
tersebut. Tapi yang pelik bin ajaib, sekiranya betullah Rafizi berpegang kepada
prinsip tersebut, maka apakah sekiranya diberikan kesempatan menjadi calon PKR.
Dan andai ditakdir menang (mohon dijauhkan), apakah dia akan meletakan jawatan
setelah 2 tahun?
Walau apapun jawapan yang diberikan, ternyata Rafizi gagal menutup isu
sebenar di sebalik perletakan jawatan itu. Ini kerana umum mengetahui, masalah
dalaman yang sedang dihadapi oleh Team Azmin Ali dan Team Wan Azizah. Mereka
ini memang diketahui sebelum ini sering berlaga angin dan tidak sependapat
dalam banyak perkara.
Di satu ketika Azmin Ali, merasakan Azizah tidak layak untuk memimpin PKR,
kerana kelemahan dan ketidakcekapannya mengurus tadbir perjalanan parti sejak
Anwar masih di dalam penjara lagi. Azmin merasakan sebagai pendokong nombor
satu Anwar, maka hanya dia yang layak mengemudi bahtera PKR. Ini kerana parti
itu hidup disebabkan dirinya. Namun Azizah merasakan PKR berdiri atas faktor
Anwar dan bukan disebabkan oleh Azmin.
Azmin juga dilihat tidak berkenan dengan sikap Khalid Ibrahim yang mengambil
pendekatan memihak kepada Wan Azizah dan mendapat sokongan penuh dari Nurul
Izzah dan Tian Chua. Maka Azmin telah berusaha mengumpulkan kekuatan dengan
meminta Ketua Wanita PKR, Zuraida dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar
untuk bersama-sama memastikan PKR diwariskan kepada mereka suatu hari
kelak.
Maka sebarang percubaan untuk memecahkan monopoli tersebut wajar disekat dan
dihalang, bagi meneruskan kerakusan mereka mengumpul sokongan dan kuasa.
Berbalik kepada isu Rafizi, secara kesimpulannya, rakyat dan masyarakat perlu
melihat isu ini secara menyeluruh. Pertama wujudnya perpecahan di dalam PKR
yang melaungkan slogan Keadilan untuk semua itu. Tapi di masa yang masa mereka
mengamalkan pendekatan politik membunuh lawan yang berbeza pandangan dan
pendapat.
Kedua apakah rakyat dapat menerima seorang yang bergitu bercita-cita untuk
menjadi pemimpin tapi di masa yang sama menghadkan tempoh perkhidmatan selama 2
tahun, dan berhenti apabila tiba bulan Ramadhan serta tidak mahu diberikan
tanggungjawab yang berganda, kerana tidak mampu untuk memberikan tumpuan?
Tepuk dada, tanyalah iman dan akal. Kerana sekiranya bertanya kepada selera
sudah tentu jawapan yang diperolehi tidak rasional.
No comments:
Post a Comment