03 June 2012

BENARKAH NIZAR MERUPAKAN PARASIT DIDALAM PAS?


Baru-baru ini, pentas politik negara heboh dengan laporan kenyataan mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang biadap mempertikai tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim membida nombor plat WWW 1 menerusi laman Twitternya. Ramai yang bangkit membidas tindakan Nizar tersebut dan tidak kurang juga ada yang meminta agar Nizar diharamkan terus dari memijak bumi Johor.

Pada pendapat penulis, kenyataan Nizar tersebut mempunyai motifnya yang tersendiri. Sebagai ahli politik Nizar sedar kenyataan tersebut bakal menimbulkan pelbagai reaksi dan kecaman dari pelbagai pihak. Apakah dia kurang bijak atau terlepas pandang akan segala kemungkinan yang bakal tercetus?

Sudah tentu tidak, kerana sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan dia sudah mengharapkan agar ada ‘mangsa’ tertentu yang bakal menerima padah. Persoalannya siapa dan kenapa?. Menurut ‘sumber-sumber’ dalaman yang dipercayai, kenyataan tersebut ditujukan kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Rata-rata mengetahui, nawaitu utama pimpinan Pas pusat menghantar pulang Salahuddin ke Johor adalah disebabkan dominasi golongan parasit yang dilihat cuba menentang kumpulan ulama Pas. Ia sebagai faktor strategik mereka untuk menolak secara halus kumpulan yang condong dengan pendekatan Islam dan kumpulan yang cenderung untuk mewujudkan persefahaman dengan Umno.

Salahuddin juga sebelum ini dilihat begitu cenderung dengan cadangan untuk mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ yang dipelopori oleh Ustaz Hadi Awang dan Nasharuddin Md Isa. Namun apabila kumpulan ini ‘disergah’ oleh Mursyidul Am, cadangan tersebut terpaksa dipendam bagi mengelakkan perbalahan terus melanda Pas.

Namun tindakan untuk mencadangkan ‘kerajaan perpaduan’ itu amat menghiris dan menguris hati golongan Endorgan dan parasit di dalam Pas. Mereka merasakan perancangan secara mengejut itu bakal meletakkan kelompok mereka di dalam bahaya. Oleh itu strategi dan perancangan perlu disusun bagi mengelakkan perkara yang sama berulang terutama selepas keputusan PRU13 diketahui kelak.

Ini kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, seperti ‘penghijrahan’ wakil-wakil rakyat Pas yang menang semasa PRU13 nanti dan cenderung untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Ia sudah pasti bakal mengakibatkan laluan Anwar Ibrahim untuk mendapat tempat di Putrajaya semakin sukar. Antara perancangan mereka sebelum ini ialah ‘menyingkirkan’ Ustaz Nasharuddin dari kerusi Timbalan Presiden dan memastikan jawatankuasa tertinggi diisi oleh mereka-mereka yang condong kepada golongan Endorgan dan parasit.

Rentetan dari itu, mereka juga secara halus telah menghantar signal untuk mengambil kembali kerusi parlimen Kubang Kerian yang disandang oleh Salahuddin dan di masa yang sama memberikan laporan dan analisis yang kononnya PR mampu untuk mewujudkan Tsunami di Johor. Namun kiranya benar analisis yang dilakukan itu memihak kepada PR, mengapa Nizar perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan peluang dam sokongan rakyat Johor terhadap PR? Ini kerana umum mengetahui rakyat Johor amat rapat hubungannya dengan pihak Istana Johor.

Kenyataan tersebut juga secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan peluang Salahuddin mendapat tempat di kerusi DUN dan Parlimen Johor berkecai dengan sendirinya. Persoalannya mungkinkah dengan kenyataan itu, mengesahkan Nizar adalah merupakan salah seorang ‘parasit’ seperti yang dilaungkan oleh Mantan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini.

Tunggu pendedahan seterusnya!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...