Baru-baru ini, pentas politik negara
heboh dengan laporan kenyataan mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin
yang biadap mempertikai tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim membida nombor
plat WWW 1 menerusi laman Twitternya. Ramai yang bangkit membidas tindakan
Nizar tersebut dan tidak kurang juga ada yang meminta agar Nizar diharamkan terus
dari memijak bumi Johor.