Showing posts with label Kerajaan Perpaduan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Perpaduan. Show all posts

04 September 2013

Ajak Dialog : @anwaribrahim Terdesak Dan Ada Muslihat




Cadangan Anwar Ibrahim mengadakan dialog terbuka antara kerajaan dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani adalah suatu muslihat politik dan sifatnya terdesak. Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

03 September 2013

Kerajaan Perpaduan : Akhirnya Anwar Menjadi Gila




Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat telah menerima keputusan PRU-13. Laporan tersebut juga menggambarkan bahawa kenyataan Anwar itu sebagai memberi isyarat bahawa PR telah bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, dalam ucapan kemerdekaan Anwar juga, beliau menggesa pertemuan antara kedua parti untuk membincangkan isu-isu dalam negara. Antara petikan ucapannya, beliau berkata “perjumpaan antara kedua belah pihak perlu diadakan segera untuk menyelamatkan Malaysia.”

Namun, ternyata ucapan tersebut hanyalah lanjutan dari halusinasi Anwar.

@anwaribrahim Kena 'Main' Dengan Portal Pro Pembangkang @tm_insider




Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar bahawa beliau telah menerima keputusan PRU-13 dan ingin mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan untuk berbincang mengenai isu-isu yang membelenggu negara.  Apa yang dinyatakan Anwar ini membawa gambaran yang beliau mencadangkan penubuhan ‘kerajaan perpaduan’.

Dato’ Seri Najib kemudiannya menafikan dan menolak untuk mengadakan sebarang bentuk perbincangan dengan Pakatan Rakyat, malah idea ke arah penubuhan kerajaan perpaduan juga dianggap merepek sama sekali. PR jelas telah ditolak rakyat dan tidak ada sebab kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak yang ditolak.

03 June 2012

BENARKAH NIZAR MERUPAKAN PARASIT DIDALAM PAS?


Baru-baru ini, pentas politik negara heboh dengan laporan kenyataan mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang biadap mempertikai tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim membida nombor plat WWW 1 menerusi laman Twitternya. Ramai yang bangkit membidas tindakan Nizar tersebut dan tidak kurang juga ada yang meminta agar Nizar diharamkan terus dari memijak bumi Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...